Suara keramat melantasi angkasaraya,
"Tak Melayu hilang di dunia,"
Dari puncak ke perut laut Nusantara,
Bertunas di dada setiap jejaka,
Bercambah di jiwa setiap dara,
Bahkan, bersarang di sumsum setiap anak serantau,
Yang mengakui dirinya berdarah Melayu.
Di zaman senja kegemilangan Melaka dahulu,
Melayu mulai lupa dirinya Melayu,
Terlepas nafsu dari kekangan,
Jambatan kencana menghambat awan,
Baru dipohon semangkuk darah,
Amat terasa korban tu payah.
Lena menteri diselimuti biaperi,
Menimba untung melampaui rezeki,
Hilang budi, lenyap bicara,
Hati ditambat emas sebahara,
Amanah tergadai, nyawa padahnya,
Negara hancur hilang maruahnya.
Suara keramat melantasi angkasaraya,
"Tak Melayu hilang di dunia",
Maka, dari abu runtuhan kota Melaka,
Semangat waja cintakan watan mula berbunga.
Sepanjang zaman, sepanjang sejarah,
Wira Melayu menentang penjajah,
Digelar orang perompak, penjarah,
Namun teguh memegang waadah.
Berjuang terus di Teluk Ketapang
Dibedil peluru di medan Naning
Tubuh tertusuk di rimba Pahang
Syahadat terukur di jiwa hening
Korban terbujur di Kuala Kedah,
Darah mengalir di Sungai Perak,
Di Pasir Putih nyawa terserah,
Hilanglah kuasa hilanglah hak.
Bertaat setia di Pasir Panjang,
Di Sungai Manik, Di Batu Pahat,
Tak putus asa di Gua Musang,
Berjuang terus hingga darurat.
Mara angkatan menuntut merdeka
Berakal waras, berhati murni
Merekalah bapa, teraju negara
Merekalah ibu, puspa pertiwi
Dari semenagat wira Melaka,
Kita pupuk bangsa,
Merdeka !!!
Dari runtuhan Kota Melaka,
kita bina Malaysia,
Merdeka !!!
PERTUANAN MELAYU
MELAYU adalah satu bangsa yang sudah bertamadun sebelum kedatangan kuasa asing. Orang Melayu sudah mempunyai cara hidup, sistemekonomi, sosial, politik dan pentadbiran tersendiri. Politik Melayu sudah lama mempunyai hubungan dengan saudagar dan pengembara, misalnya dari Arab, India, China dan Kepulauan Melayu.
MELAKA menjadi pusat perdagangan dunia pada kurun ke-15 dan awal abad ke-16. Kejayaan ini dicapai kerana kecekapan pemerintah dan pembesar Melaka menguruskan pentadbiran. Keagungan ini diakui misalnya oleh Portugis dan China. Oleh sebab itu, Portugis menyerang dan menakluki Melaka pada tahun 1511.
Melaka juga mempunyai Undang-undang Melaka (Hukum Kanun Melaka) dan Undang-undang laut Melaka. Malah negeri-negeri Melayu lain juga mempunyai sistem pentadbiran dan undang-undang sendiri.
-Undang-undang Kedah (1650)
- Hukum Kanun Pahang ( (1872)
- Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor (1895)
- Undang-undang tubuh Kerajaan Terengganu (1911)
Selain itu, orang Melayu menghasilkan puluhan ribu manuskrip Melayu dalam pelbagai hal, seperti sejarah, politik, bahasa dan sastera.
Nasionalisme Oh Nasionalisme
Demi cinta akan
bangsa,
Demi cinta akan Negara
Kuimpikan kebebasan
Biar ekonomi dan
budayaku tidak terus tercengkam
Sampai bila minda
terus terjajah
Terhimpit dalam
ekonomi tradisonal
Elit dan bangsawan
terus gah disanjung,
Kemasukan imigran
terus dialukan
Pengaruh agama menjadi
pencetus
Mereka menentang
penindasan
Pengaruh Barat dan
agama Kristian
Bersatu mereka demi
agama
Gerakan Islah di
Indonesia
Gerakan Islah di Tanah
Melayu
Kesatuan Belia Buddha
di Burma
Lihat....
Agama menyatukan
mereka
Karya sastera
kuhasilkan
Mesej sengsara dan
kecewa kunukilkan
Jose Rizal Noli Me
Tanggere
Khairil Anuar
Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda
Pak Sako pula dengan
Putera Gunung Tahan
Pendidikan untuk siapa
Orang kaya
Orang papa
Priyai megah di
sekolah Bandar
Anak kebanyakan terus
terpinggir
Dasar Belnada pencetus
semangat
Perpaduan rakyat
tempatan jadi mainan
Ilmu mubaligh dan
secular bermaharajalela
Burma merana agama
tergugat
Si Bangsat Inggeris
mendapat mendapat tempat
Lepasan sekolah
Melayu terus merempat
Lantaran sistem
pendidikan vernakular
Tuhan Maha kaya
Tuhan Maha Kuasa
Muncullah golongan
intelek
Pencetus pembela watan
tercinta
Barat dan AsiaBarat
Destinasi dituju
Sebagai tempat
menuntut ilmu
Nah….apa barang Negara
kita diinjak
Nah …apa barang nasib
kita dipijak
Kesedaran
Kebangkitan..
Ayoh kita bangun
membela nasib anak bangsa
Ayuh kita bebaskan
Negara tercinta
Media massa , akhbar
majalah
Semarak semanagat
nasionlisme
Tanam perasaan anti penjajah
Tribune Indigene dan Cloche Felee
Di Vietnam
Al-Ikhwan, Saudara,
Warta Melaya dan Majlis di Tanah Melayu
Penjajah bimbang
kepentingan politik terancam
Ahh…
ternyata penjajah mengamallkan sikap berbeza
Dengan kebebasan
akhbar di Negara mereka
Muncul
Sistem perhubungan dan
pengangkutan
Gerakan nasionlis
kian terserlah
Telefon, telegraf
mempererat hubungan
Keretapi, jalanraya
penghubung pemimpin
dan rakyat
Siapa duga
Jepun meninjak-injak
ketuanan China
Jepun memijak-mijak
ketuanan Russia
Mahatma Ghandi
menentang British durjana
Lalu tercetuslah
inspirasi
Nasionalis bangkit
mempertahan pertiwi.
No comments:
Post a Comment