Al-Imam Wadah menyalurkan idea-idea Gerakan reformis Islam |
Dalam sejarah gerakan kesedaran di Tanah Melayu, gerakan terawal yang dapat dikesan ialah gerakan kesedaran yang dipelopori oleh golongan berpendidikan agama. mereka ini juga dikenali sebagai golongan reformis Islam ( Gerakan Islah Islam). Golongan ini mendapat jolokan nama tersebut kerana pemikiran pembaharuan yang dilontarkan itu berdasarkan Islam yang sebenar (yakni berdasarkan ajaran Al-Quran dan As-Sunah)
Gerakan ini muncul sekitar awal abad ke-20 yang ditandai dengan penerbitan majalah Al-Imam pada tahun 1906. Justeru itu apabila kita mengkaji gerakan reformis Islam ini, maka semestinya kita perlu mengkaji dan meneliti majalah Al-Imam dan isi kandungannya. Al-Imam adalah medium utama bagi golongan ini untuk menyampaikan wasilah Islam kepada umat Islam dan orang-orang Melayu di rantau Kepulauan Melayu.
Ramai ahli sejarah yang mengkaji sejarah gerakan nasionalisme Melayu akan memberi perhatian kepada sumbangan golongan ini dalam kejayaannya meniupkan semangat kesedaran kebangsaan kepada orang-orang Melayu di Tanah Melayu. Hal ini dapat dibuktikan menerusi hasil kajian dan tulisan W.R.Roff. Terdapat sekumpulan ahli sejarah yang cuba menafikan sumbangan golongan agama dalam membangkitkan kesedaran semangat kebangsaan bagi penduduk di Tanah Melayu amatlah dikesali. Mereka hanya menyatakan gerakan ini hanya memperjuangkan agama semata-mata yang menyeru umat Islam supaya kembali kepada agama Islam sebenar dan menghindari unsur-unsur khurafat dan bida'ah.
No comments:
Post a Comment