Dalam usaha untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu, negara terpaksa mengharungi plebgai rintangan dan halangan yang memerlukan kesabaran, pengorbanan dan toleransi. Negara terpaksa membuktikan bahawa rakyat yang terdiri daripda berbilang kaum boleh bersatu dan bekerjasama antara satu sama lain. Antara rintangan yang dihadapi dalam usaha mewujudkan perpaduan pada ketika itu adalah perkara-perkara yang melibatkan hak kerakyatan, bahasa dan tempat tinggal yang berlainan mengikut kaum.
HAK KERAKYATAN
Orang Melayu sebagai bumiputera negara ini enggan memberi hak kerakyatan kepada kaum Cina dan India. Dalam masa yang sama orang Cina dan India meraskan mereka berhak menjadi rakyat negara ini kerana mereka dilahirkan di sini, walaupun ibubapa mereka adalah kaum pendatang.
BAHASA KEBANGSAAN
Orang Melayu meminta Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan negara ini memandangkan bahasa Melayu meruapakan bahasa yang digunakan secara meluas. Sementara itu orang bkan Melayu pula meminta bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kerana bahasa tersebut merupakan bahasa antarabangsa. Mereka juga khuatir bahasa ibunda mereka akan pupus.
PENDIDIKAN
Memandangkan selepas Perang Dunia Kedua, tiada sistem persekolahan yang seragam, orang Melayu memohon agar Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama. Golongan berpendidikan inggeris pula mahukan bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar sementara orang Cina dan India mahukan bahasa mereka dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah.
AGAMA
Dalam soal agama pula, orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi negara. Walau bagaimanapun penganut agama lain bimbang hak agama merek terjejas dan pupus.
TARAF HIDUP
kebanyakan orang Melayu bekerja sebagai pekebun kecil, petani dan nelayan sementara orang Cina menguasai kegiatan perlombongan, perniagaan dan perdagangan. Orang India pula bekerja di aldang-ladang, jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya, Keretapi dan Kesihatan.
TEMPAT TINGGAL
Pada keseluruhannya kebanyakan orang Melayu tinggal di perkampungan yang serba kekurangan kemudahan asas. Orang Cina pula tinggal di kawasan bandar dan kampung-kampung baru yang serba lengkap dan moden. Sementara orang India tinggal di ladang-ladang dan perumahan kerajaan.
Oleh yang demikian ketiga-tiga kaum ini jarang berinteraksi antara satu sama lain hingga mencetuskan prasangka yang tinggi.
No comments:
Post a Comment