Thursday, November 12, 2015

Gerakan Nasionalisme di Tanah Melayu


Al-Imam
Wadah menyalurkan idea-idea Gerakan reformis Islam


Dalam sejarah gerakan kesedaran  di Tanah Melayu, gerakan terawal yang dapat dikesan ialah gerakan kesedaran yang dipelopori  oleh golongan berpendidikan agama. mereka ini juga dikenali sebagai golongan reformis Islam ( Gerakan Islah Islam). Golongan ini mendapat  jolokan nama tersebut kerana pemikiran pembaharuan yang dilontarkan itu berdasarkan Islam yang sebenar (yakni berdasarkan ajaran Al-Quran dan As-Sunah)

Gerakan ini muncul sekitar awal abad ke-20 yang ditandai dengan penerbitan majalah Al-Imam pada tahun 1906. Justeru itu apabila kita mengkaji  gerakan reformis Islam ini, maka semestinya kita perlu mengkaji dan meneliti majalah Al-Imam dan isi kandungannya. Al-Imam adalah medium utama bagi golongan ini untuk menyampaikan wasilah Islam kepada umat Islam dan orang-orang Melayu di rantau Kepulauan Melayu.

Ramai ahli sejarah yang mengkaji sejarah gerakan nasionalisme  Melayu akan  memberi perhatian kepada  sumbangan golongan ini dalam kejayaannya meniupkan semangat kesedaran kebangsaan  kepada orang-orang Melayu di Tanah Melayu. Hal ini dapat dibuktikan menerusi hasil kajian dan tulisan W.R.Roff. Terdapat sekumpulan ahli sejarah yang cuba menafikan sumbangan golongan agama dalam membangkitkan  kesedaran semangat kebangsaan bagi penduduk di Tanah Melayu amatlah dikesali. Mereka hanya menyatakan gerakan ini hanya memperjuangkan agama semata-mata yang menyeru  umat Islam supaya kembali kepada agama Islam sebenar  dan menghindari unsur-unsur khurafat dan bida'ah.

Wednesday, November 11, 2015

Demi Cinta Akan Bangsa Demi Cinta Akan Negara......

PERJUANGAN KITA
Suara keramat melantasi angkasaraya,
"Tak Melayu hilang di dunia,"
Dari puncak ke perut laut Nusantara,
Bertunas di dada setiap jejaka,
Bercambah di jiwa setiap dara,
Bahkan, bersarang di sumsum setiap anak serantau,
Yang mengakui dirinya berdarah Melayu.

Di zaman senja kegemilangan Melaka dahulu,
Melayu mulai lupa dirinya Melayu,
Terlepas nafsu dari kekangan,
Jambatan kencana menghambat awan,
Baru dipohon semangkuk darah,
Amat terasa korban tu payah.

Lena menteri diselimuti biaperi,
Menimba untung melampaui rezeki,
Hilang budi, lenyap bicara,
Hati ditambat emas sebahara,
Amanah tergadai, nyawa padahnya,
Negara hancur hilang maruahnya.

Suara keramat melantasi angkasaraya,
"Tak Melayu hilang di dunia",
Maka, dari abu runtuhan kota Melaka,
Semangat waja cintakan watan mula berbunga.

Sepanjang zaman, sepanjang sejarah,
Wira Melayu menentang penjajah,
Digelar orang perompak, penjarah,
Namun teguh memegang waadah.

Berjuang terus di Teluk Ketapang
Dibedil peluru di medan Naning
Tubuh tertusuk di rimba Pahang
Syahadat terukur di jiwa hening

Korban terbujur di Kuala Kedah,
Darah mengalir di Sungai Perak,
Di Pasir Putih nyawa terserah,
Hilanglah kuasa hilanglah hak.

Bertaat setia di Pasir Panjang,
Di Sungai Manik, Di Batu Pahat,
Tak putus asa di Gua Musang,
Berjuang terus  hingga darurat.

Mara angkatan menuntut merdeka
Berakal waras, berhati murni
Merekalah bapa, teraju negara
Merekalah ibu, puspa pertiwi

Dari semenagat wira Melaka,
Kita pupuk bangsa,
Merdeka !!!
Dari runtuhan Kota Melaka,
kita bina Malaysia,
Merdeka !!!

PERTUANAN MELAYU
MELAYU  adalah satu bangsa yang sudah bertamadun sebelum kedatangan kuasa asing. Orang Melayu sudah mempunyai cara hidup, sistemekonomi, sosial, politik dan pentadbiran tersendiri. Politik Melayu sudah lama mempunyai hubungan dengan saudagar dan pengembara, misalnya dari Arab, India, China dan Kepulauan Melayu.

MELAKA menjadi pusat perdagangan dunia pada kurun ke-15 dan awal abad ke-16. Kejayaan ini dicapai kerana kecekapan pemerintah dan pembesar Melaka menguruskan pentadbiran. Keagungan ini diakui misalnya oleh Portugis dan China. Oleh sebab itu, Portugis  menyerang dan menakluki Melaka pada tahun 1511.

Melaka juga mempunyai Undang-undang Melaka (Hukum Kanun Melaka) dan Undang-undang laut Melaka. Malah negeri-negeri Melayu lain juga mempunyai sistem pentadbiran dan undang-undang sendiri.
-Undang-undang Kedah (1650)
- Hukum Kanun Pahang ( (1872)
- Undang-undang Tubuh  Kerajaan Johor  (1895)
- Undang-undang tubuh Kerajaan Terengganu (1911)

Selain itu, orang Melayu menghasilkan puluhan ribu manuskrip Melayu dalam pelbagai hal, seperti sejarah, politik, bahasa dan sastera.



Nasionalisme Oh Nasionalisme

Demi cinta akan bangsa,
Demi cinta akan Negara
Kuimpikan kebebasan
Biar ekonomi dan budayaku tidak terus tercengkam

Sampai bila minda terus terjajah
Terhimpit dalam ekonomi tradisonal
Elit dan bangsawan terus gah disanjung,
Kemasukan imigran terus dialukan

Pengaruh agama menjadi pencetus
Mereka menentang penindasan
Pengaruh Barat dan agama Kristian
Bersatu mereka demi agama
Gerakan Islah di Indonesia
Gerakan Islah di Tanah Melayu
Kesatuan Belia Buddha di Burma
Lihat....
Agama menyatukan mereka


Karya sastera kuhasilkan
Mesej sengsara dan kecewa kunukilkan
Jose Rizal Noli Me Tanggere
Khairil Anuar Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda                                                
Pak Sako pula dengan Putera Gunung Tahan

Pendidikan untuk siapa
Orang kaya
Orang papa
Priyai megah di sekolah Bandar
Anak kebanyakan terus terpinggir
Dasar Belnada pencetus semangat
Perpaduan rakyat tempatan  jadi mainan
Ilmu mubaligh dan secular bermaharajalela
Burma merana agama tergugat
Si Bangsat Inggeris mendapat mendapat tempat
Lepasan sekolah Melayu  terus merempat
Lantaran sistem pendidikan vernakular


Tuhan Maha kaya
Tuhan Maha Kuasa
Muncullah golongan intelek
Pencetus pembela watan tercinta
Barat dan AsiaBarat
Destinasi dituju
Sebagai tempat menuntut ilmu

Nah….apa barang Negara kita diinjak
Nah …apa barang nasib kita dipijak
Kesedaran
Kebangkitan..
Ayoh kita bangun membela nasib anak bangsa
Ayuh kita bebaskan Negara tercinta

Media massa , akhbar majalah
Semarak semanagat nasionlisme
Tanam perasaan anti penjajah
Tribune Indigene dan Cloche Felee
Di Vietnam
Al-Ikhwan, Saudara, Warta Melaya dan Majlis di Tanah Melayu
Penjajah bimbang kepentingan politik terancam
Ahh…
ternyata  penjajah mengamallkan sikap berbeza
Dengan kebebasan akhbar di Negara mereka

Muncul
Sistem perhubungan dan pengangkutan
Gerakan nasionlis kian  terserlah
Telefon, telegraf
mempererat hubungan
Keretapi, jalanraya
penghubung pemimpin dan rakyat

Siapa duga
Jepun meninjak-injak ketuanan China
Jepun memijak-mijak ketuanan Russia
Mahatma Ghandi menentang British durjana
Lalu tercetuslah inspirasi

Nasionalis bangkit mempertahan pertiwi.




Monday, July 13, 2015

Bukit Jugra...Kuala Langat

Bukit Jugra, Kuala Langat, Selangor
KEMASYHURAN Jugra sebagai pusat maritim yang wujud sejak daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka pernah disebut oleh Tun Seri Lanang di dalam buku tulisannya Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).
Di dalam karya kesusasteraan itu, kesibukan pelabuhan Jugra yang terletak di kuala Sungai Langat digambarkan menyampai kesibukan pelabuhan Melaka yang ketika itu berada di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah.
Selain gambaran menjadi pintu masuk utama perdagangan di Selangor, Tun Seri Lanang turut menyebut ketibaan Laksamana Hang Tuah di pelabuhan Jugra selepas keluar berlayar dari Melaka.
Diceritakan kononnya Hang Tuah menghabiskan masa selama dua hari dua malam di Jugra selepas kapalnya yang berlabuh di pelabuhan tiba-tiba karam.
Sama ada benar atau tidak petikan daripada tulisan itu, kisah persinggahan Hang Tuah menjadi sebahagian daripada kisah yang bermain di bibir penduduk apabila menceritakan tentang sejarah Jugra.
Salah satu daripada 'bukti' yang digunakan untuk mengaitkan kisah itu adalah kewujudan kesan tapak kaki pada batu besar berhampiran jeti Batu Hampar yang terletak tidak jauh dari kaki Bukit Jugra.
Jeti Batu Hampar di tebing Sungai Langat itu dipercayai adalah tapak pelabuhan yang dimaksudkan oleh Tun Seri Lanang sebagai pelabuhan Jugra.
Selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka, Jugra dikenali sebagai bandar Diraja apabila Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor ke-4) memilih kawasan di pinggiran Bukit Jugra sebagai tempat bersemayam. Baginda menjadikan Jugra sebagai pusat pentadbiran Selangor antara 1859 hingga 1898.
Pada masa kini, tinggalan seperti balai polis lama, makam Diraja, pejabat daerah lama, stor peluru, istana lama, Istana Bandar, masjid Sultan Ala'eddin Shah dan tapak perigi lama merupakan sebahagian daripada bukti sejarah yang masih boleh dilawati
 Jugra pernah menjadi laluan utama pengangkutan bijih timah yang diangkut dari Kajang, Balakong, Hulu Langat dan Semenyih. Sepanjang tempoh pemerintahan Sultan Abdul Samad, Jugra menjadi pusat pengutipan cukai bijih timah sebelum dibawa keluar melalui Sungai Langat. Berdasarkan bukti-bukti yang ada, kita percaya Jugra pernah memainkan peranan yang penting sebelum pusat pentadbiran kerajaan beralih ke Klang pada 1882,
Selain itu katanya, Jugra semasa di bawah pemerintahan Sultan Abdul Samad dan Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor kelima) pernah menjadi kawasan pertanian utama di Selangor.
Hasil daripada kemakmuran pemerintahan kedua-dua sultan, Jugra diberi nama timangan sebagai Bandar Temasya.
Sebelum itu nama lama Jugra adalah Tanjung Kera kerana terdapat banyak kera di kawasan bukitnya.



10 PERKARA YANG MEMATIKAN QALBU (HATI)
1. Kita mengenal Allah tapi kita tidak  menunaikan hakNya.
2. Kita membaca Al-Quran tetapi kita tidk mengamalkannya.
3. Kita mengaku bahawa kira mencintai Rasulullah s.a.w  tetapi kita sering meninggalkan sunah dan 
    ajarannya.
4. Kita mengakui kita memusuhi syaitan tetapi kita mengikut telunjuknya.
5. Kita menyatakan bahawa kita mencintai syurga tetapi  kita tidak beramal untuk mendapatkannya.
6.Kita menyatakan bahawa kita takut akan neraka, tetapi tindak-tanduk kita seolah-olah menjurus 
    kepada penghuni neraka.
7. Kita menyatakan bahawa mati itu benar tetapi kita gagal mempersiapkan diri untuk 
     menghadapinya.
8. Kaita cenderung membuka aib-aib / kelemahan-kelamahan orang lain, sebenarnya kita membuka 
    aib-aib diri kita sendiri.
9. Kita menikmati segala nikmat Yang Maha Esa tetapi kita tidak pernah atau jarang mensyukiri 
     nikmat tersebut.
10.  Kita sering menghantar jenazah dan mengebumikan jenazah tetapi kita tidak mengambil iktibar 
      daripada kematian.

SUBHANALLAH , BERAPA LAMA KITA DIULIT OLEH KEKALAIAN DUNIA........


KENAPA UDARA DI WAKTU SUBUH SEGAR??
"Sebab tidak bercampur dengan nafas orang yang MUNAFIK yang belum bangun di waktu subuh"



AKU DI SINI ......KAU DI SANA.......
KITA MENGHADAP  KIBLAT YANG  SAMA....
JAUH DI MATA
NAMUN DEKAT DI DOA......

Tanam Minat Terhadap Mata Pelajaran Sejarah

Langkah yang diambil oleh SMK Bandar baru Bangi dan PPD Hulu Langat menanam minat terhadap mata pelajaran Sejarah.

Wednesday, July 8, 2015

Penghijrahan : Dari Persepektif Sejarah Sosial

Penghijrahan bererti berpindah, pertukaran tempat, pergerakan individu atau kumpulan masyarakat dari sebuah kawasan ke kawasan lain. Makna Sejarah ia berasal dari kata Arab "Hijrah" sejajar dengan perpindahan Rasulullah s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Peristiwa hijrah orang Islam Mekah ke Madinah berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaam 12 September tahun 622 Masihi. Penghijrahan ini dilakukan secara rahsia dan berperingkat-peringkat. Nabi Muhammad s.a.w berhijrah bersama-sama sahabat baginda, Abu Bakar al-Siddiq, selepas penghijrahan orang Islam yang lain. Perjalanan baginda dan Abu Bakar al-Siddiq ke Madinah memakan masa selama lebih kurang 12 hari. Hijrah ialah perkataan Arab yang bermakna berpindah. pada umumnya, perpindahan berlaku dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Namun, dalam kontkes tamadun Islam, hijrah bermaksud perpindahan orang Islam dari Kota Mekah ke Madinah  dalam usaha memperkukuhkan kedudukan Islam serta merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam.
Dalam Islam penghijrahan bukan sahaja melibatkan perpindahan fizikal tetapi juga mental. Sebagai contoh daripada seorang yang jahil atau mungkar kepada yang lebih baik atau lebih alim mengikut syariat Islam itu sendiri.

Sejajar dengan itu, apabila Islam mula bertapak di Nusantara, konsep penghijrahan ini menjadi amat penting dalam kehidupan masyarakat Melayu terutama apabila dikaitkan dengan adat atau sikap orang Melayu yang suka berpindah-randah. Terdapat variasi local dan ia berlaku hampir di semua negeri di Nusantara. Sebagai contoh di Semenanjung Tanah Melayu terdapat penduduk Jawa yang berhijrah dari Pulau Jawa, selain itu terdapat penduduk Sumatera seperti orang Minangkabu, Mendailing, Orang Acheh, Orang Rawa, Kerinci, Palembang, Jambi, Kampar, Siak, Inderagiri, Bangkahulu, Pasai dan Orang Melayu Langkat. Orang Banjar dari Kalimantan. Orang Bugis dari Sulawesi dan orang Boyan dari Pulau Bowean.

Perkataan "Hijrah" lebih berleluasa penggunaannya terutama sejak kedatangan Islam tetapi mayarakat Melayu tetap menggunakan perkataan "Merantau", "Mengembara", "Berkelana" dan "Berdagang". Jika diteliti pengunaan istilah-istilah ini ada perbezaannya. Sebagai contoh istilah "Mengembara"-biasanya digunakan oleh masyarakat Melayu dahulu untuk keluar menuntut ilmu. Ia juga disesuaikan dengan tuntutan pada masa itu yang memerlukan setiap anak muda mengembara untuk mencari ilmu pertahanan diri.
Bagi istilah "Siri" pada orang Bugis yang mana "Siri" adalah digunakan untuk mengangkat kedudukan seseorang ke tahap yang lebih tinggi terutama dalam ekonomi atau sosial. 

Perkara yang sama juga ada pada masyarakat Jawa yang dikenali "Wirang". Walaupun orang Jawa sering dilabelkan sebagai masyarakat yang suka berpindah sebagai contoh terdapat perbidalan masyarakat Jawa yang menyebut "Mangan Ora Mangan Asal Kumpul" tetapi sebenarnya istilah ini bukanlah bermakna tidak berhijrah tetapi berkumpul adalah membawa maksud bersatu.

Dalam sejarah sosial penghijarahan masyarakat Melayu Nusantara agak kurang dibincangkan. Ia sering dikaitkan dengan pembangunan ekonomi kolonial.  Peranan masyarakat imigran Cina dan India banyak dikaitkan dalam membantu menjayakan projek-projek pembangunan ekonomi kolonial. Sebenarnya dalam Sejarah Malaysia masih terdapat ruang khusus dalam konteks pembinaan masyarakat terutama dalam konteks perkembangan masyarakat majmuk. Perpaduan masyarakat adalah satu-satunya aspek kehidupan yang harus diberi keutamaan. Ini kerana sumbangan masyarakat Melayu ini turut menyumbang kepada prmbangunan ekonomi Tanah Melayu seawal sebelum kedatangan imigran Cina dan India secara beramai-ramai.

Natijah daripada kurangnya karya-karya sejarah yang memberi keutamaan kepada sejarah tempatan telah menimbulkan pandangan yang kurang menyakinkan terhadap budaya tempatan. Keadaan ini adalah sebenarnya salah satu daripada dasar "membaratkan" orang tempatan sama ada dari segi material atau minda agar mereka lebih memahami budaya atau nilai Barat daripada budaya masyarakat mereka sendiri. Sekiranya keadaan ini tidak dibendung, masyarakat Malaysia akan menghadapi masalah untuk mengenal sejarah tanahairnya yang mana mereka lebih didedahkan kepada peranan pentadbir British dan perubahan fizikal yang dijalankan oleh projek-projek pembangunan kolonial. Keadaan ini sudah tentu mengakibatkan generasi baru Malaysia akan lebih memahami proses pemodenan yang datang dari barat dan akan memperkecilkan budaya masyarakatnya sendiri yang pernah pada suatu ketika merupakan budaya yang bertamadun tinggi.



Sunday, July 5, 2015

SEJARAH MUZIUM



PENGENALAN


Sejarah seringkali dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa pada masa lampau. Corak kerajaan, bentuk ekonomi dan aktiviti kebudayaan sesebuah  masyarakat pada masa silam , tentunya mempunyai keunikan yang tersendiri. Muzium merupakan sebuah institusi sosial yang sering dikaitkan dengan elemen-elemen sejarah, tamadun silam, kebudayaan dan sebagainya. Hal ini berlaku kerana segala penemuan sejarah akan disimpan dan dipamerkan kepada umum sebagai sebahagian daripada khaznah warisan bangsa yang tidak ternilai. Tanggapan sedemikian dirasakan belum cukup untuk menjelaskan akan peranan  sebenar muzium kepada sebuah bangsa dan negara. Oleh itu,  pemahaman yang jelas terhadap fungsi dan peranan institusi muzium ini amat penting dihayati dan seharusnya mengaku peranan yang dimainkan oleh muzium dalam meningkatkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan budaya.

DEFINISI MUZIUM


Perkataan muzium yang digunapakai hari ini dipetik daripada perkataan Inggeris “museum”. Perkataan ini berasal daripada perkatan Greek “mouseion” yang bermaksud susi ‘Muse’ iaitu tuhan atau kumpulan sembilan dewi lambang ilmu dan kesenian.[1] “Muse”  dalam bahasa Greek juga bermaksud “hibur” atau dalam bahasa Inggerisnya “amusement”. Pada  zaman klasik muzium dikenali sebagai :
A place sacred to the Muses specifilically, the great institution for literature and scientific studies built and equipped by Ptolemy I at Alenandria, which was virtually a university of Hellenistic world.[2]
Manakala dalam kamus yang lain pula menyebut muzium sebagai:
A building, room, etc., for preserving and exhibiting rare, interesting, or typical specimen work of arts, science, invention, etc., or of natural history.[3]
Pengertian yang sedemikian memberi persoalan sama ada sesebuah institusi yang memberi banyak hubungn kebudayaan dan sejarah wajar didirikan sebuah muzium dengan menggunakan wang orang ramai.
Di Eropah, ekoran tercetusnya Revolusi Perancis pada abad ke-19 telah meruntuhkan order social lama yang telah wujud sebelumnya . Masyarakat Eropah mula sedar dan bangkit setelah diselubungi zaman kegelapan dan membentuk corak kehidupan yang lebih baik. . Kesannya telah berkembang ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Kaedah pelajaran tradisional tidak lagi dapat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat. Oleh yang demikian, keadaan ini telah menimbulkan suasana yang baik bagi perkembangan muzium.
Penubuhan muzium ketika itu telah membantu dalam memberikan pendidikan kepada masyarakat. Penggunaan alat pandang dengar dalam memberi pendidikan yang diperkenalkan telah memberi tangapan bahawa muzium  adalah sebaik-baik alat dalam memberi pendidikan. Oleh itu, muzium telah berkembang sebagai institusi pendidikan dan pusat dokumentasi.[4]
Berikutan dengan perkembangan ini, menjadikan definisi muzium lebih luas skopnya. Perlembagan international Council of Museums (ICOM) misalnya telah memberikan pengertian muzium sebagai:
Any permanent establishment set up for the purpose of preserving , studying, enhancing by various means and in particular of exhibiting to the public for its delectation and instruction……artistic, historical, scientific and technological collection.[5]
Bertolak kepada pengertian dan andaian inilah memberikan perkembangan kepada penubuhan muzium di seluruh dunia. Jelaslah kini, fungsi muzium bukan sekadar tempat menyimpan serta menjaga benda-benda purba semata-mata bahkan berperanan dalam memberi pengetahuan  atau pendidikan kepada masyarakat. Tegasnya di Malaysia sendiri pengertian  yang telah dikemukakan oleh ICOM ini telah digunakan  oleh pihak muzium sebagi panduan menjalankan aktiviti-aktivitinya.



SEJARAH PENUBUHAN MUZIUM DI MALAYSIA

Penubuhan muzium di malaysi bermula sejak abad ke-19 lagi ketika negara masih dijajah oleh Britis[6]h. Idea kemunculan muzium di Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu dikatakan telah dicetuskan oleh Sir Hugh Low yang menjadi Residen di Perak pada 1877[7]. Fakta ini berdasarkan  pada tahun 1883, beliau telah menugaskan Leonard Wray Jr. (J.L. Wray) mengumpulkan specimen untuk diletakkan di muzium yang dicadangkan didirikan pada tahun 1883 [8]. Idea Sir Hugh Low ini bertepatan dengan pengalaman beliau sebagai ahli botani dan berminat dalam bidang arkeologi dan antropologi. Pengetahuan yang luas tentang masyarakat Melayu, di samping aktiviti-aktiviti carigali dan penyelidikan tentang sejarah dan  kebudayaan yang pernah dijalankan semasa bekerja di bawah pentadbiran Raja Sir Charlas Brooke di Sarawak membantu mempercepatkan lagi pembinaan muzium[9].
Oleh itu, setelah menjadi Residen British di Perak pada tahun 1877, Hugh Low melihat perlunya suatu tempat yang khusus bagi menyimpan bahan-bahan sejarah dan budaya yang berjaya dikumpulkan. J.L.Wray yang diberi tanggungjawab mengumpul specimen bagi ditempatkan di  muzium telah berjaya mengumpul specimen-specimen ethnologi dan antropologi. Pengumpulan specimen-specimen  berjaya diperolehi ketika beliau menjalankan kegiatan arkeologi di beberapa tempat tapak pra-sejarah di negeri  Perak pada tahun 1880-an. Contohnya, kegiatan arkeologi yang dijalankan di Gua Batu Kapur berhampiran  Bandar Ipoh yang telah menemukan serpihaan tembikar pra-sejarah[10].
Ekoran daripada banyaknya specimen yang telah berjaya dikumpulkan, pembinaan Muzium Perak dimulakan pada tahun 1883 dan siap sepenuhnya pada tahun 1886 yang juga dikenali sebagai Muzium Taiping. Muzium ini telah berjaya mengumpulkan dan mempamerkan bahan zoology, arkeologi dan ethnologi. Antaranya, termasuklah alat-atalt kegunaan pertanian, perhiasan orang Melayu, pakaian tradisional dan alat-alat muzik.  Di samping itu, specimen mamalia dan reptilian serta artifak  zaman pra-sejarah turut dipamerkan. Muzium Perak ketika itu di bawah pengelolaam Kerajaan Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States) dan J.L. Wray menjadi Kurator pertama . Ini bermakna segala pentadbiran serta peruntukan kewangan muzium adalah menjadi tanggungjawab dan ditentukan oleh Kerajaan Negeri Melayu Bersekutu.
            Memandangkan Tanah Melayu kaya dengan warisan sejarah dan kebudayaan, memerlukan banyak tempat untuk menyimpan bahan-bahan tersebut. Oleh itu, satu rancangan menubuhkan muzium baru yang lebih baik perluu diwujudkan dan Kuala Lumpur akan menjadi tempat pengumpulan specimen-specimen  yang diperolehi. Pembinaan muzium di sini juga adalah selari dengan desakan dari masyarakat tempatan khususnya di Selangor.
Justeru itu pembinaan muzium kedua telah dimulakan pada 1888 dan siap sepenuhnya pada 1914.Muzium ini juga di kenali sebagai Muzium Selangor. Muzium ini, seperti juga Muzium Perak diletakkan di bawah pengawasan  Negeri-negeri Melayu Bersekutu sama ada  dalam urusan pentabdiran mahu pun dari segi peruntukan kewanagan. J.L. Wray yang sebelum ini mengetuai Muzium Perak dilantik menjadi Pengarah kepada Muzium Perak dan Muzium Selangor.
Serentak dengan itu, seelah Jabatan Muzium ditubuhkan pada 1904 di Selangor, Muzium Perak dan Muzium Selangor disatukan menjadi Muzium Negeri Melayu Bersekutu dan diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Muzium yang diketuai oleh J.L. Wray. Penyatuan kedua-dua muzium dapat diselaraskan terutamanya dalam bidng pengumulan spesime. Muzium Perak lebih menumpukan aktiviti ilmu kejadian seperti zoology dan botani, manakala Muzium Selangor pula berttanggunjawab dalam mengumpul dan mempamerkan keoleksi-koleksi bahan ethnologi.
Namun , pada 1 Januari 1932, Muzium Negeri  Melayu Bersekutu dibubarkan dan kedua-dua muzium tersebut dipisahkan dan wujud sebagai dua muzium yang beasingan. Keadaan ini berlaku selaras dengan dasr desentralisasi (dasar pengagihan kuasa) yang telah dijalankan oleh British di Tanah Melayu ketika itu.
Akan tetapi , pemis       han kedua-dua muzium ini tidak kekal lama kerana timbul kesedaran  bahawa ia akan merugikan pihak British. Setelah pembentukan semula Jabatan Muzium paa 1938, kedua-dua buah muzium Perak dan Selangor di satukan di bawah pentadbiran  Jabatan Muzium yang diketuai oleh H.M. Pendlebury. Keselarasan ini memberikan perkembangan yang baik kepada institusi ini sehinggalah kedatangan Jepun ke Tanah Melayu (Perang Dua Kedua). Semasa pendudukan Jepun, perjalanan atau perkembangan muzium  terbantantut kernan pihak Jepaun kurang memberi  perahtaian dalam membantu meningkatkan aktiviti pengumpulan dan penjagaa  sepecimen di muzium. Perkembangan muzium semakin tersekat apabila muzium Selangor telah dibomkan oleh Amerika pada tahun 1945 dan mengalami kemusnahan.



[1] Secara jelasnya “Muse” bermakna tempat suci yang dapat  menghiburkan para pengunjungnya. Di tempat yang suci ini dpamerkan contoh-contoh hasil kerja seni rakyat yang mempunyai kaitan langsung dengan peristiwa lampau yang dianggap gemilang dan membanggakan. Lihat Alma S. Wittlin, The Encyclopedia Americana, Americana Corporation, New York, 1972, hal. 619
[2] Mohd. Zulkifli Haji Aziz, Penubuhan Muzium-muzium Di Semenanjung, Muzium Negara, Kuala Lumpur, 1974, hal. 5.
[3] Theodore Anton Sande, “Museums, Museums, Museums”, dalam Museum , Management and Curatorship,  Number 1, Butterworth-Heinemann Ltd., London, March 1992, hal. 186.
[4] Mohd. Zulkifli Haji Aziz, Penubuhan Muzium-muzium Di Semananjung , hal. 6
[5] Pierre Schomer, “Administration of Museums” , The Organization of Practical Advice, UNESCO, Paris, 1960, hal. 28
[6] Di Malaysia, muzium pada peringkat awalnya dikenali sebagaia “Sekolah Gambar” kerana selain artifak, gambar-gambar bersejarah turut dipamerkan dengan banyaknya di muzium.
[7] Khoo Kay Kim, Taiping: Ibu Kota Perak , Persatuan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur, 1983, hal. 18
[8] B.A.V. Peacock. A Report of Museums In Malaya 1954, Federation of Malaya Kuala Lumpur, 1955, hal. 17
[9] Robert Heussler, British Rule In Malaya, The Malaya Civil Service And Its Predecessors 1887-1942, Ohio Press Oxford, London, 1981, hal. 58
[10] Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, “Pengkaji Dan Penyelidikan Arkeologi Di Malaysia Dan Implikasinya Terhadap Pembangunan Negara”, Kongres Sejarah Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 10-12 April 1978, hal. 3

Friday, July 3, 2015

Cabaran Awal Ke Arah Perpaduan

Dalam usaha untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu, negara terpaksa mengharungi plebgai rintangan dan halangan yang memerlukan kesabaran, pengorbanan dan toleransi. Negara terpaksa membuktikan bahawa rakyat yang terdiri daripda berbilang kaum boleh bersatu dan bekerjasama antara satu sama lain. Antara rintangan yang dihadapi dalam usaha mewujudkan perpaduan pada ketika itu adalah perkara-perkara yang melibatkan hak kerakyatan, bahasa dan tempat tinggal yang berlainan mengikut kaum.

HAK KERAKYATAN
Orang Melayu sebagai bumiputera negara ini enggan memberi hak kerakyatan kepada kaum Cina dan India. Dalam masa yang sama orang Cina dan India meraskan mereka berhak menjadi rakyat  negara ini kerana mereka dilahirkan di sini, walaupun ibubapa mereka adalah kaum pendatang.


BAHASA KEBANGSAAN
Orang Melayu meminta Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan negara ini memandangkan bahasa Melayu meruapakan bahasa yang digunakan secara meluas. Sementara itu orang bkan Melayu pula meminta bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kerana bahasa tersebut merupakan bahasa antarabangsa. Mereka juga khuatir bahasa ibunda mereka akan pupus.

PENDIDIKAN
Memandangkan selepas Perang Dunia Kedua, tiada sistem persekolahan yang seragam, orang Melayu memohon agar Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama. Golongan berpendidikan inggeris pula mahukan bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar sementara orang Cina dan India mahukan bahasa mereka dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah.

AGAMA
Dalam soal agama pula, orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi negara. Walau bagaimanapun penganut agama lain bimbang hak agama merek terjejas dan pupus.

TARAF HIDUP
kebanyakan orang Melayu bekerja sebagai pekebun kecil, petani dan nelayan sementara orang Cina menguasai kegiatan perlombongan, perniagaan dan perdagangan. Orang India pula bekerja di aldang-ladang, jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya, Keretapi dan Kesihatan.


TEMPAT TINGGAL
Pada keseluruhannya kebanyakan orang Melayu tinggal di perkampungan yang serba kekurangan kemudahan asas. Orang Cina pula tinggal di kawasan bandar dan kampung-kampung baru yang serba lengkap dan moden. Sementara orang India tinggal di ladang-ladang dan perumahan kerajaan.

Oleh yang demikian ketiga-tiga kaum ini jarang berinteraksi antara satu sama lain hingga mencetuskan prasangka yang tinggi.

Kepentingan Mata Pelajaran Sejarah

Istilah ‘Sejarah’ lebih terkenal sebagai satu mata pelajaran dalam kurikulum sekolah atau satu disiplin akademik di universiti-universiti. Sejarah merupakan satu mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Pendidikan Sejarah yang diajar kepada para pelajar di sekolah dapat mencorakkan satu perubahan yang dinamis bagi melahirkan warganegara Malaysia yang celik Sejarah dengan mengenal asal-usul bangsanya sendiri serta mempunyai jati diri yang tulen. Matlamat mata pelajaran sejarah lebih berkesan lagi apabila mata pelajaran Sejarah dapat membantu dan memandu pelajar membina serta menempa kejayaan yang lebih gemilang khususnya dalam mencapai wawasan negara. Dalam dunia tanpa sempadan ini, pendidikan sejarah merupakan salah satu wadah yang dapat menyedarkan, membina dan menjana semangat patriotisme dalam diri pelajar, khususnya di dalam negara Malaysia yang mempunyai penduduk daripada pelbagai bangsa , ras dan pegangan agama. Pendidikan sejarah diharapkan dapat melahirkan generasi negara yang gemilang dalam pencapaian akademik dan sahsiah malah dapat mendokong semangat patriotisme yang jitu terhadap negara.

Sejarah pembinaan negara dan bangsa Malaysia amat panjang dan setiap era yang telah ditempohi mencatatkan sejarah yang tersendiri yang perlu dijadikan direnungi dan dijadikan iktibar agar negara yang kita cintai ini terus mengecap nikmat keamanan dan kesejahteraan penduduknya. Generasi pasca merdeka wajib mengenali sejarah perjuangan bangsa dan negara dan dengan cara ini akan dapat menyedarkan mereka tentang peranan yang harus dilakukan pada bangsa, agama dan negara. Perkara ini pernah dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam perutusan Hari Kebangsaan ke-40:
“Walau apapun terjadi pada kita, kita tidak harus melupakan sejarah perjuangan kemerdekaan negara kita. Sebab itulah kita mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan Kebangsaan setiap tahun. Selain dari menanam semangat patriotik dalam diri di kalangan rakyat, Hari Kebangsaan ini juga akan mengingatkan kita kepada sejarah perjuangan negara kita. Dengan mengetaui sejarah negara sendiri, kita boleh merancang masa depan negara dengan lebih baik dan berkesan”

Sejarah sebagai hakikat yang sangat berkait-rapat dengan masyarakat. Kenyataan ini bukan hanya bererti dalam pengajian Sejarah, kebenaran amat dipentingkan, sejarah adalah hakikat kerana dalam pengertiannya yang lebih luas dan perlu ditambah, lebih bermakna juga jika ia merujuk kepada masa. Pendeknya segala peristiwa penting yang telah berlalu adalah sejarah.

Kita sering mendengar pemimpin negara menyuarakan hasrat agar semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam usaha membangunkan negara. Dalam konteks ini, sejarah dapat memainkan peranan penting dalam proses pembangunan negara. Pembentukan bangsa Malaysia haruslah berteraskan pengethauan dan kefahaman sejarah tanahair ini sendiri. Kefahaman yang tinggi kepada sejarah negara akan dapat melahirkan rakyat yang sentiasa mendukung hasrat dan cita-cita murni pemimpin negara. Mengetahui asal-usul bangsa Malaysia, mengambil iktibar daripada peristiwa yang pernah berlaku di zaman lampau, meningkatkan perpaduan antara kaum dan seterusnya dapat melahirkan bangsa Malaysia yang bersatupadu.

Sejarah dapat membangkitkan perasaan bangga terhadap bangsa dan negara, semangat patriotisme dan semangat kebangsaan sering dipupuk melalui sejarah. Malahan sejarah adalah satu alat yang penting untuk mencipta keperibadian kebangsaan. Menyedari peri pentingnya disiplin ilmu sejarah ini telah menyebabkan Menteri Pendidikan Malaysia menjadikan sejarah sebagai mata pelajaran wajib bagi semua pelajar sehingga tingkatan 5.

Cabaran Membina Bangsa Malaysia yang bersatu padu

Wawasan 2020 sebagai idea penggerak dan perangsang warga untuk menjadi lebih berdaya saing bukan sahaja menunjukkan hala tuju yang jelas tetapi menentukan cabaran-cabaran strategik yang perlu dilalui untuk mencapai matlamat Wawasan 2020.



Cabaran pertama
Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu

Membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung
 masa depan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah
 sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompok
 etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya
berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk
 sebuah “Bangsa Malaysia” dengan rasa taat setia
dan pengabdian yang tidak berbelah
bagi terhadap bangsa tersebut.



PERSOALANNYA MENGAPAKAH MEMBINA BANGSA MALAYSIA YANG BERSATU PADU MENJADI CABARAN YANG PERTAMA ?
Kepentingan dan Dorongan  Pembinaan Bangsa  Malaysia 

Pengenalan
           
Gagasan pembinaan bangsa merupakan satu cita-cita murni Malaysia moden. Untuk merealisasikan sebuah masyarakat Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah. Justeru itu, tugasan ini cuba melihat faktor-faktor utama yang mendorong proses pembinaan bangsa Malaysia pada masa sekarang. Mengikut sejarahnya, identiti kaum di negara ini mula bentuk pada zaman penjajahan British, ia kemudiannya terus diwarisi dan sebati sehinggalah membawa kepada pembentukan negara Malaysia pada 16 September 1963[1]. Namun, enam tahun selepas itu tercetus rusuhan kaum 13 Mei yang memperlihatkan betapa longgarnya serta renggangnya hubungan kaum di negara Malaysia. Untuk merapatkan jurang dan menyatukan semua kaum di Malaysia kerajaan telah mengadakan dasar-dasar yang menjurus ke arah perpaduan dan mngurangkan jurang perbezaan antara kaum seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Bahasa Melayu, Budaya, Sukan, Program Rakan Muda, Sekolah Wawasan, dan  Wawasan 2020.


Latarbelakang Pembentukan Masyarakat Majmuk

Definisi Masyarakat Majmuk


Hakikatnya penggunaan istilah masyarakat majmuk mewujudkan kontroversi di kalangan para sarjana kerana pada pandangan mereka masyarakat yang tercipta di bumi Malaysia ini selayaknya dikenali sebagai masyarakat berbilang kaum. Pandangan ini mungkin berdasarkan fahaman mereka tentang istilah majmuk itu sendiri. Majmuk dari segi bahasa bermaksud sesuatu yang terdiri daripada beberapa bahagian, bentuk , aspek atau sebagainya tetapi merupakan satu kesatuan.[2] Justeru, masyarakat majmuk menurut istilah bahasa ialah masyarakat yang terdiri daripada beberapa bangsa tetapi telah bersatu di bawah satu negara iaitu negara Malaysia. Kamus Sosiologi mendefinisikan masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai bangsa kerana kemasukan bangsa lain. Mereka tinggal dalam satu negara dan membentuk kumpulan masyarakat yang jelas berbeza. [3] 

Sementara itu, Furnivall melalui kajiannya di Indonesia dan Burma mentakrifkan masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang bercampur tetapi tidak bergabung dari aspek agama, idea, dan cara hidup. Malah mereka tinggal berdampingan tetapi berasingan. Masyarakat majmuk terbentuk apabila mereka disatukan dalam suatu unit politik. [4]  Demikian juga yang difahamkan oleh Goldthorpe bahawa mereka saling berhubung tetapi mengamalkan cara kehidupan yang berbeza dari segi keturunan, agama,adat istiadat dan bahasa.[5]
Menurut Saunders dalam bukunya, masyarakat majmuk adalah satu kelompok yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang membentuk satu populasi yang hidup secara berasingan. Keterpisahan mereka bukan dari aspek keturunan sebaliknya dari aspek agama, bahasa, budaya, adat istiadat, makanan, pakaian, pekerjaan dan tempat tinggal.[6] Bagi Rupert Emerson pula masyarakat yang terdapat di Tanah Melayu terpisah daripada hampir keseluruhan aspek kehidupan, kecuali terdapat satu ciri kesamaan iaitu mereka tinggal dalam satu negara.
Berdasarkan definisi di atas, maka dapatlah dirumuskan bahawa masyarakat majmuk merupakan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya, agama, bahasa, tempat tinggal dan pekerjaan. Istilah majmuk dalam masyarakat majmuk hanya merujuk kepada satu ciri kesatuan yang wujud dalam komuniti tersebut iaitu dalam aspek politik. Justeru, istilah masyarakat majmuk adalah bertepatan dengan masyarakat yang wujud di Malaysia pada hari dan menunjukkan kewibawaan Malaysia sebagai sebuah unit politik. Walaupun pada hakikatnya kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia menjerumuskan Malaysia ke dalam persoalan pembinaan negara bangsa.

Pembentukan Masyarakat Majmuk


Menyusuri sejarah sosial masyarakat Malaysia, mahu tidak  mahu pasti membincangkan sejarah kedatangan kaum imigran di bumi Malaysia. Oleh itu, perbicaraan sejarah kedatangan kaum imigran ini bagaikan sinonim dengan sejarah sosial di Malaysia. Kemasukan para imigran merupakan wadah pihak British untuk mengeksploitasi sumber asli negara demi kepentingan ekonomi negara mereka. Kesan dasar ini membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk dan masyarakat ciptaan British ini kekal sehingga hari ini sebagai warisan British di Malaysia.
            Kenyataan ini selaras dengan pandangan Furnivall, bahawa pembentukan masyarakat majmuk adalah kesan daripada dasar-dasar penjajah yang membawa masuk buruh-buruh asing mengikut keperluan ekonomi penjajah.[7] Manakala menurut Mahajani pula, masyarakat majmuk yang berbilang budaya terbentuk kesan daripada ekonomi penjajahan yang membawa masuk buruh Cina dan India masyarakat yang dijajah.[8] Di samping itu Goldthorpe juga menyokong pendapat kedua-dua para sarjana tersebut dengan mengatakan bahawa dasar-dasar penjajah yang membawa masuk pelbagai kaum ke Tanah Melayu. Tambahan pula menurut pemerhatian beliau, setiap negara-negara bekas  tanah jajahan terbentuk masyarakat majmuk.

            Oleh yang demikian, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia adalah warisan British bukan Portugis ataupun Belanda. Pihak kolonial yang membawa masuk para buruh India dan Cina sebagai pemangkin kepada kegiatan ekonomi kapitalis Barat di Tanah Melayu. Justeru, perbincangan akan menjurus kepada kemasukan imigran Cina dan India serta dasar  British terhadap golongan imigran sehingga membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk.
Hakikatnya kemasukan para pendatang asing di Tanah Melayu mempunyai faktor yang tersendiri sama ada faktor penolak atau penarik. Namun yang jelas, faktor ekonomi merupakan aspek utama proses penghijrahan ini. Kedatangan mereka ke bumi Semenanjung pada abad ke 15 hingga ke 17 atas dasar perdagangan bersandar pada faktor penarik. Mereka berlumba-lumba datang ke Semenanjung Malaysia semata-mata mencari kekayaan. Pada  ketika itu semenanjung Malaysia digelar sebagai Semenanjung Emas dan pelabuhan Melaka diibaratkan sebagai sebuah emporium kerana segala barang dari serata dunia terkumpul di situ. [9]
Tambahan pula kedudukan Melaka sebagai sebuah kerajaan cukup mantap untuk didatangi. Tradisi laut tanpa sempadan oleh kerajaan Melaka merupakan salah satu faktor penarik para pedagang untuk datang berdagang dan seterusnya menetap di Melaka. Kestabilan  dan kegemilangan Kerajaan Melaka serta minat pemerintah terhadap agama Islam turut menyumbang kepada kemasukan para pendakwah Islam khasnya. Seperkara lagi layanan yang diberikan kepada para pedagang oleh pemerintah semasa zaman kegemilangan Melaka beserta sifat dinamik masyarakat Melayu yang dapat menerima kehadiran orang asing sebenar sedikit sebanyak berperanan membawa masuk pendatang asing.
Namun dalam abad ke 18 dan seterusnya, telah wujud faktor penolak di samping dan faktor penarik yang sedia ada. Antara faktor penolak ialah akibat peningkatan penduduk China daripada 24 juta pada tahun 1711 kepada 177 juta pada tahun 1749.[10] Peningkatan pertambahan penduduk yang cepat malangnya  tidak seiring dengan peningkatan keperluan asas bagi penduduknya. Keadaan disempitkan dengan pengeluaran pertanian yang tidak ekstensif serta diburukkan lagi dengan bencana alam yang menjejaskan hasil pertanian. Masalah  pengangguran pula timbul kerana ketidakupayaan negara menyediakan peluang-peluang pekejaan kepada rakyatnya.
Selain itu, pergolakan sosial yang berlaku di China juga merupakan faktor penolak kepada penghijrahan. Pemberontakan Taiping yang berlaku dari tahun 1851 hingga 1864 menyebabkan wilayah-wilayah China di bahagian tengah dan selatan tidak aman serta melumpuhkan aktiviti pertanian. Tambahan pula polisi kerajaan yang memerintah tidak menghalang penghijrahan dan tetap mengiktiraf mereka sebagai warganegara merupakan galakan berlakunya penghijrahan. Mungkin polisi ini merupakan alternatif bagi pemerintah China untuk mengatasi masalah pengangguran di samping negara mendapat faedah apabila rakyat tersebut pulang dengan kekayaan. Justeru, untuk menjamin polisi ini pihak pemerintah hanya membenar lelaki Cina sahaja keluar berhijrah.[11]
Bagaimanapun Victor Purcell melihat masalah di atas  bukan punca utama kerana kebanyakan mereka yang datang ke Semenanjung adalah dari daerah Kwantung dan Fukien sedangkan masalah tersebut tidak begitu tidak serius. Sebalik beliau berpendapat hubungan yang terjalin sejak sekian lama dahulu antara negeri-negeri Melayu dengan Kwantung dan Fukien adalah faktor penting penghijrahan orang Cina. Mereka berminat untuk berhijrah ke Tanah Melayu kerana mereka tahu suasana persekitaran Semenanjung melalui pedagang-pedagang.[12]
Sementara itu di India, faktor penolaknya ialah perubahan politik yang berlaku di India dengan kedatangan penjajah British yang membawa dasar-dasar baru. Perubahan dasar khusus dalam ekonomi telah memberi impak negatif kepada penduduk India di benua India.[13] British telah menjadi India sebagai tempat menyediakan bahan mentah untuk memenuhi keperluan industrinya. Ini bermakna pihak British mahu menguasai ekonomi India dengan menghadkan peluang ekonomi penduduk tempatan. Sebagai contoh, industri perkapalan yang merupakan industri terpenting di India dikuasai oleh British. Begitu juga dalam bidang pertanian, para petani dikenakan cukai setinggi  80 peratus terhadap hasil keluaran. [14]  Dalam keadaan demikian sudah pasti ganjaran yang diperolehi tidak setimpal dengan usaha.
Selain itu, faktor sosial terutama amalan sistem kasta juga berperanan menolak pendatang India keluar dari Tanahair mereka.[15] Mereka dari golongan kasta terendah sering dizalimi, malah peluang untuk mencapai kehidupan yang lebih baik tertutup kerana sistem kasta tidak membenarkan perkara sedemikian. Oleh kerana itu, sebagai pelarian daripada amalan sistem tersebut, maka mereka melakukan penghijrahan. Justeru, itu kalau diperhatikan sistem kasta tidak ketara dalam budayaorang India di Semenanjung khasnya dan Malaysia umumnya kerana kebanyakan mereka adalah menentang kepada sistem tersebut.
Namun begitu faktor penarik juga tidak kurang pentingnya. Menurut R. Emerson penghijrahan beramai-ramai bagi kedua kaum ini tidak akan terjadi sekiranya tiada proses dua hala.[16] Beliau juga mengeluarkan kenyataan bahawa British yang bertanggungjawab besar mengenai penyerbuan masuk orang-orang Cina yang memenuhi kawasan-kawasan bijih timah selepas pertengahan kurun ke-19.[17]  Persoalannya bagaimana British boleh membawa para imigran ke Tanah Melayu untuk menghasilusahakan sumber asli negara. Jawapannya melalui dasar campur tangan British dalam pentadbiran Tanah Melayu bertujuan Justeru, dengan adanya kuasa pemerintahan tersebut memudahkan pihak kolonial melaksanakan beberapa dasar yang boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi di Tanah Melayu. Pelaksanaan dasar British di Tanah Melayu bagi mengeksploitasi ekonomi negara merangkumi ketiga-tiga aspek iaitu melalui politik, ekonomi dan sosial.
            Semenjak 1874, British telah mengamalkan dasar buka pintu kepada para imigaran melalui dasar imigrasinya tanpa memperkenalkan sebarang undang-undang. Sebaliknya pihak British telah mengatur pengambilan buruh dengan lebih sistematik. Bagi menguruskan kemasukan buruh India satu lembaga telah dibentuk iaitu Lembaga Imigresen orang-orang India untuk menampung keperluan majikan dan kerajaan. Di samping itu, sebuah tabung  kumpulan wang telah ditubuhkan pada tahun 1907 untuk membiayai kos pengambilan serta pengangkutan pergi dan balik buruh-buruh India. [18]
Seterusnya pada tahun 1911, ditubuhkan pula Jabatan Buruh kemudian diikuti dengan penggubalan Kanun Buruh pada tahun 1912. Kanun ini disediakan dengan tujuan menjaga kebajikan buruh India kerana berlaku permintaan yang ringgi terhadap mereka berikutan perluasan kawasan getah dan pembangunan sistem keretapi di tanah Melayu. Malah pihak British juga telah menerima keperluan yang terkandung dalam Akta Imigresen India (1922)  yang diluluskan oleh kerajaan India ke dalam Kanun Buruh pada tahun 1923. Antara keperluan yang dimasukkan ke dalam Kanun Buruh mengikut kehendak  Akta 1922 ialah negeri-negeri yang mengambil buruh India perlu menjaga kebajikan buruh tersebut.[19]
  Pendatang India tidak banyak membawa masalah kepada pihak pentadbir tetapi mereka mereka menerima tekanan daripada kerajaan India. Justeru, hal-ehwal buruh India diawasi oleh kawalan undang-undang dan diletakkan dibawah pengawasan Pengawal Buruh Tanah Melayu serta wakil orang India yang dilantik dari India.[20] Oleh yang demikian, buruh India di Tanah Melayu berada dalam keadaan yang selamat kerana kebajikan mereka dijaga meskipun mereka ditempatkan di kawasan-kawasan ladang getah, tebu dan sebagainya.
Berbanding dengan pendatang Cina, mereka lebih banyak mendatang masalah kepada pihak pentadbir kerana budaya gangsterisme di negara mereka terus diamalkan semasa berada di Melayu. Pergaduhan sering berlaku di antara orang Cina dan Melayu atau dikalangan puak-puak Cina tersebut dan mengakibatkan kemusanahan harta benda serta mengancam keselamatan kapitalis Eriopah.[21] Sebaliknya senario ini tidak menjadi kudis kepada  British untuk membuka pintu terhadap kemasukan mereka ke Tanah Melayu. Malah  para pendatang Cina telah mendapat jaminan keselamatan melalui kawalan kerajaan bagi mengurangkan penganiayaan ke atas mereka.[22]
 Pihak British menyedari kepentingan pedagang dan buruh Cina di Tanah Melayu, lantaran itu  kedatangan pendatang Cina dialu-alukan. Bagi menguruskan hai-ehwal pendatang Cina, pihak kerajaan kolonial telah membentuk Jabatan Hal-Ehwal Cina yang diselia oleh Setiausaha Hal-Ehwal Cina dan Jabatan Penaung Orang-Orang Cina bagi menangani masalah-masalah orang Cina.[23] Pada tahun 1877 telah diwujudkan Ordinan Imigrasi bagi pendatang Cina untuk menangani penindasan ke atas kaum imigran Cina. Seterusnya untuk keselesaan para buruh Cina, pihak kolonial telah mengadakan Ordinan Buruh Kontrak pada tahun 1882.[24]
 Dasar Bristish terhadap orang Cina adalah amat longgar kerana pendatang Cina bebas menceburi apa jua bidang kecuali politik kerana kepentingan ekonomi penjajah. British hanya campur tangan dalam hal ehwal orang Cina sekiranya terdapat ancaman keselamatan terhadap orang ramai  dan penindasan yang melampau ke atas bangsa itu sendiri. Di samping itu, undang-undang buruh yang dikenakan ke atas orang Cina lebih longgar berbanding orang India. [25]
Jabatan Hal-Ehwal Cina yang ditubuhkan pada tahun 1877 diberi kuasa yang luas melalui enakmen. Sementara itu enakmen Jabatan Penaung  Orang Cina telah dibatalkan pada tahun 1932 dan telah ditukar kepada Jabatan Setiausaha bagi Hal-Ehwal Cina. Jabatan tersebut bertanggungjawab ke atas mentadbir pelbagai kegiatan orang Cina mengikut enakmen yang telah ditetapkan dan menjadi penasihat kepada kerajaan mengenai hal-ehwal dan dasar Cina.[26]
Tindakan kerajaan British telah memberi peluang kepada pendatang Cina menceburkan diri dalam arena politik Tanah Melayu. Hal demikian telah tergelincir daripada dasar asalnya kerana pada peringkat awal pihak British memberi kebebasan kepada pendatang Cina untuk melakukan apa sahaja kecuali terlibat dalam politik, bak kata pepatah Melayu, “cakap tak serupa bikin”.  Ketergelinciran ini berpunca daripada sikap British yang terlalu menjaga kepentingan ekonomi mereka. Kesan ketergelinciran sama ada disedari atau tidak oleh pihak British terus bertapak sehingga hari ini.
Kebangkitan nasionalisme Cina mendatangkan masalah kepada British walaupun telah diberi hak kerakyatan British bagi yang lahir di tanah jajahan British.[27] Malah yang lebih membimbangkan pihak kolonial ialah dasar pecah belah dan perintah yang telah diamalkan oleh mereka terhadap para imigran telah terkikis khususnya dalam aspek politik. Perkembangan ini memberi kesan negarif terhadap  kedudukan mereka di Tanah Melayu. Lantaran itu, pihak British menyedari bahawa mereka tidak mampu lagi membendung pendatang asing dengan dasar pemerintahan tersebut.
Justeru, pada tahun 1928, Undang-Undang Sekatan Imigresen telah diluluskan di negeri-negeri Selat. Undang-undang ini bertujuan untuk melarang atau mengawal pengaliran masuk buruh asing demi kepentingan ekonomi dan memajukan kepentingan awam.  Walau bagaimanapun undang-undang ini hanya dilaksanakan pada tahun 1930 dan dalam tahun 1933 ordinan 1928 telah digantikan dengan Ordinan Orang Asing. [28]
Di samping dasar buka pintu terhadap kaum imigran, dasar ekonomi komersial British turut mengundang kemasukan para pedagang asing. Sistem Sistem ekonomi kapitalis yang diperkenalkan oleh British sebenar memberi peluang yang cerah kepada para pencari keuntungan. Misalnya kedatangan orang Cina ke Pulau Pinang amat dialu-alukan oleh British kerana mereka menganggap orang Cina adalah orang yang rajin dan pendiam, dengan demikian boleh memajukan Pulau Pinang dengan kadar yang lebih cepat.[29]
            Oleh yang demikian, wujudlah sistem ekonomi moden yang berteraskan industri dan berasaskan tenaga buruh. Pembukaan ladang-ladang lada hitam, buah pala, gambir dan tebu di Seberang Prai[30] dan kemudiannya ladang-ladang getah sebenarnya menuntut jumlah buruh yang ramai. Selain itu, masalah kekurangan buruh lombong dalam mengusahakan lombong-lombong bijih menjejaskan pengeluaran bijih timah. Justeru, British telah mengatur langkah menarik minat buruh-buruh India dan Cina datang ke Semenanjung dengan memperkenalkan pelbagai sistem.
            Dasar British dalam mewujudkan masyarakat yang terpisah-pisah juga dapat dilihat dalam aspek pendidikan. Tindakan British tidak menyeragamkan sukatan pendidikan merupakan agenda dalam pemerintahan pihak kolonial. Tujuannya agar tidak wujud ruang interaksi antara kaum di Tanah Melayu. Justeru, setiap kaum berkiblatkan pendidikan dari negara asal mereka dan para gurunya didatangkan dari sana juga.[31] Agenda ini juga menggalakan kemasukan orang asing ke Tanah Melayu kerana tiada keterasingan dalam bidang pendidikan yang mereka terima walaupun berada di luar negara mereka. Bagi pihak  British tindakan ini merupakan satu tanggungjawab mereka menjaga kebajikan para buruh demi kelancaran pembangunan ekonomi penjajah di Tanah Melayu.
           
Dasar Pecah dan Perintah Panjajah British                        
            Menurut Shamsul melalui ilmu kolonialnya dalam pengajian masyarakat Malaysia khususnya berkaitan rapat dengan gagasan pembinaan bangsa, terdapat dua makna yang berbeza dalam melihat konsep identity, yang mendukung makna yang berbeza tetapi saling berkait. Makna yang pertama merujuk kepada ciri-ciri keunikan yang dimiliki oleh seseorang individu dalam sesuatu kelompok atau masyarakat yang seterusnya pula membina identity peribadi sang individu. Manakala makna kedua pula merujuk kepada ciri-ciri sepunya atau persamaan yang wujud di kalangan individu dalam sesebuah kelompok atau kategori social yang mewujudkan identity bersifat kelompok di mana berasaskan ciri-ciri tertentu yang sedia wujud dalam masyarakat seperti cirri kelas, ras, wilayah atau agama.

 

Konsep Pembinaan Bangsa dan Kepentingannya

Walaupun Malaysia sudah 48 tahun mencapai kemerdekaan, namun persoalan pembinaan bangsa dalam sebilangan besar negara baru dan membangun yang dilahirkan oleh proses kemerdekaan masih belum selesai. Kebanyakan negara tersebut telah dicirikan oleh keanekaragaman kebudayaan yang kuat dengan system feudal, ras , bahasa dan agama[32]. Justeru keanekaragaman itu pula kerap mengancam usaha-usaha ke arah pembinaan bangsa.
Sebelum memahami konsep pembinaan bangsa yang lebih luas, molek kiranya menyelami dahulu erti bangsa (nation). Menurut Emerson bangsa atau nation itu ialah:
“..…nation is a community of people who feel that they belong together in the double sense that they share significant elements of a common heritage and that they have a common destiny for the future.”

Dalam dunia kontemporari, bangsa dikatakan komuniti manusia yang mampu membuktikan atau mengenalpasti diri mereka bahkan sedia berkorban untuk tanah tumpah darahnya. Sungguhpun begitu, mereka dapat dibezakan di kalangan mereka melalui isu-isu tertentu.
Rentetan daripada pengertian bangsa maka konsep pembinaan bangsa (nation-building) pula dapat ditakrifkan sebagai pembentukan dan penubuhan sebuah negara baru (new state) yang tersendiri dengan entity politik serta proses ke arah  mencipta satu darjah perpaduan (degrees of unity), pengadaptasian (adaptation), pencapaian (achievement) di samping identity nasional (national identity) dilahirkan dari naluri setiap orang.
Ibrahim dalam karyanya “Competing Identities in a plural society” mengatakan pembinaan bangsa merupakan maslah utama yang dihadapi oleh banyak negara baru  merdeka khususnya negara yang teridri daripad rakyat yang berbeza social dan budaya. Mengikut beliau, pembinaan bangsa merujuk kepada proses atau langkah yang membawapelbagai bangsa, bahasa dan lain-lain menuju ke arah satu bangsa baru (new nation), dimana dahulu hanya wujud secara fizikal. Bagi Vejai, pembinaan bangsa adalah proses yang menyaksikan pembinaan atau konstruki bangsa mengikut imej tertentu. Ia adalah projek yang mempunyai kedua-dua tema politik dan ekonomi yang bermatlamat membentuk sebuah negara bangsa.
Deutsh pula mentakrifkan pembinaan bangsa menarik sekali, di mana beliau telah menggunakan model seni bina (architectural) atau mekanikal (mechanical) untuk menghuraikan konsep pembinaan bangsa. Mengikut beliau,  pembinaan sesebuah rumah memerlukan bahan seperti kayu, batu dan mortar.  Ia boleh dibina dalam pelbagai bentuk dan corak, cepat mahupun perlahan. Semua ini dibina mengikut himpunan pelbagai  urutan, “ in partial independence” daripada persekitaran, pemilihan, kehendak dn kekuasaan seeorang pembina. Begitu juga dengan pembinaan  bansga, di mana bangsanya boleh dibina melalaui pelbagai rancangan secara laju mahupun beransur-ansur dengan urutan langkah yang berbeza dan jug “in partial independence” daripada suasana persekitaran.
Sejarah telah menyaksikan keruntuhan sebuah negara gergasi iaitu Kesatuan Soviet kepada beberapa buah negara baru yang berdasarkan ikatan ras, budaya, agama dan bahasa.Begitu juga dengan berlakunya perbalahan dan pembunuhan antara kumpulan etnik di rantau Balkan sehingga robohnya sebuah negara persekutuan (Yugoslavia) yang begitu berdaulat pada suatu ketika dahulu kepada beberpa negara kecil di gelar Crotia, Bosnia-Herzegovina, Slovenia, Macedonia dan Kosovo. Selaindaripada itu beberapa negara yang masih dihantui oleh konflik etnik seperti etnik Tamil dengan Sinhala di Sri Lanka, puak mazhab Katolik dengan mazhab protestan di Ireland Utara, kelompok Tutsi dengn Hutu di Rwanda, puak Sikh dengan Hindu di Punjab serta beberapa konflik etnik yang lain di Fiji, Quebec, Pakistan, Kashimir, Tebing Barat, Labenon dan Chechnya. Konflik-konflik etnik ini telah menimbulkan keadaan yang tidak stabil, kadangkala konflik itu menjelma menjadi perang sudara (civil war). Justeru itu banyak nyawa telah diragut dan harta benda termusnah. Ini mencerminkan betapa pentingnya pembinaan bangsa dalam proses mewujudkan sebuah negara yang benar-benar kukuh serta mencapai satu tahap kestabilan yang membanggakan dan tidak mampu diganggu atau digugat oleh mana-mana anasir yang tidak bertanggungjawab.
Menyedari hakikat ini, negara-negara sedang membangun khususnya Malaysia selepas sahaja membebaskan diri dari penjajahan  British telah bertungkus lumus untuk mencipta satu bangsa yang digelar “bangsa Malaysia’ tetapi sudah hampir setengah abad Malaysia menngecapai kemerdekaan, agenda pembinaan bang masih belum dapat disempurnakan. Secara ironinya, Malaysia masih dikongkongi oleh unsur-unsur perbezaan etnik  yang jelas seperti “I am Malay, Chinese, Indian, Kadazan and Iban..”
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan pembinaan bangsa sebagai satu proses dalam melahirkan satu identiti nasional iaitu merangkumi semangat kekitaan dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara. Selagi wujud semangat perbezaan dan pengenalan kaum yang berbeza mahupun keterasingan antara kelompok dengan yang lain maka selagi itulah satu bangsa itu belum dapat dibentuk. Kewujudan satu bangsa kelak akan melahirkan satu sentimen dan identiti yang jelas dapat dikongsi bersama.

Beberapa Perspektif Pembinaan Bangsa


Terdapat beberapa cara yang digunakan oleh beberapa negara dalam memmbina bangsa. Oleh kerana masyarakat ini berbeza latar belakangnya, maka cara yang digunakan pun tidak sama.
Integrasi
Integrasi merujuk kepada satu keadaan di mana perbezaan dri segi ciri-ciri kebudayaan dan fizikal tidak lagi berperanan penting dalam masyarakat. Kumpulan-kumpulan etnik akan menikmati kesamarataan tanpa diskriminasi dan prejudis (prejudice). Sementara itu, proses ini juga bercorak bertimbal-balik (reciprocal) dan dinamik di mana nilai-nilai pelbagai kumpulan diperkaya melalui saling mengenal, mengerti dan tolak ansur.
            Cashmore & Troyna mengatakan integrasi merupakan salah satu idea untuk mentadbir banyak polisi dengan sasaran untuk menyediakan satu situasi di mana kumpulan-kumpulan yang berlainan latar belakang dan kepercayaan dapat menyertai dalam satu masyarakat yang sama rata tanpa hilang asas keindividuan mereka. Jenkins pula mentakrifkan integrasi sebagai “.. not as flattening process of assimilation but equal opportunity, accompanied by cultural diversity, in at atmosphere of mutual tolerance.”
            Dalam penulisan Tan , integrasi juga dapat didefinasikan sebagai proses membawa kumpulan-kumpulan etnik yang berbeza untuk berkongsi satu identity nasional dan bersatu padu menjadi satu bangsa. Jayum pula berpendapat bahawa integrasi merujuk kepada proses yang lebih tinggi daripada perpaduan (unity), di mana mengintegrasikan individu (etnik) dan kelompok, idea dan nilai serta membina consensus di kalangan rakyat pelbagai etnik dan kepentingan.
Wan Hashim mengatakan  bahawa proses integrasi ini khasnya berkaitan dengan new nations terutamanya apabila wujudnya plural society, di mana etnik dan ras dicirikan mengikut bahasa dan identity masing-masing atau kesedaran kualiti budayannya.
Dalam kontek negara Malaysia, integrasi bererti semua kaum bersatu padu dan sama serta berlakunya penyesuaian kebudayaan. Misalnya Abdul rahman melihat integrasi  budaya, kaum dan wilayah (regional integration) adalah perkara asas nagi mengukuhkan perpaduan dan penyatuan masyarakat dalam sesebuah negara khususnya di Malaysia. Selin itu Tun Abdul Razak perna menyatakan “ dasar kerajaan mengenai perpaduan bukanlah asimilasi  tetapi melalui integrasi iaitu melalui penyesuaian bersama pelbagai kebudyaan dan cirri social yang boleh diterima oleh semua bangsa dalam negara”. Demikian juga dalam konteks Amerika, integrasi memerlukan penerimaan jujur oleh semua rakyatnya bahawa semua orang Amerika , tidak megira sama ada mereka berkulit putih atau hitam, Mexican atau Jepun adalah sama rata.
Integrasi menjadi impian kebanyakan kumpulan minority kerana ia menganjurkan kesamarataan bagi semua kumpulan. Walau bagaimanapun, integrasi adalah satu cara yang ideal tetapi sukar dicapai dalam kebanyakan masyarakat. Secara ringkasnya, integrasi merujuk kepada satu proses melalui penyatuan kumpulan etnik yang berbagai ke dalam satu identity yang sama serta wujudnya kesamarataan dalam  masyarakat.

Asimilasi

            Dalam penulisan Gordon, istilah asimilasi paling awal didefinisaikan oleh dua orang ahli sosiologi yang bernama Park dan Burgess. Mereka mendefinisikan asimilasi sebagai satu proses penyerapan dan penyatuan di mana seseorang itu atau kelompok-kelompok memperolehi memori, sentimen dan sikap daripada orang lain atau kelompok-kelompok lain melalui perkongsian pengalaman dan sejarah serta digabungkan ke dalam kehidupan kebudayaan harian. Asimilasi adalah proses penyerapan atau proses perubahan social yang melibatkan kehilangan identity dan kebudayaan etnik kumpulan yang diasimilasikan.[33]
            Agocs mentakrifkan asimilasi sebagai “…ethnic diversity gradually and inevitably decline as ethnic group members are intergrated or absorbed into the general population of the society.” Kurokuawa pula berpendapat bahawa asimilasi ialah satu proses di mana kumpulan-kumpulan yang mempunyai pelbagai kepercayaan dan corak kehhiduapan telah diserap ke dalam satu kebudayaan yang lain.
            Bagi Gelles & Levine, asimilasi terjadi apabila berlakunya penyerapan budaya ethinik dominan ke dalam etnik minoritu dan perbezaan budayanya akan dilupai atau dilenyapkan. Asimilasi yang berlaku mungkin secara sukarela atau paksaan, secara sebahagian atau total. Kadar dan darjah asimilasi berlaku di dalam  satu masyarakat adalah pelbagai untuk ras dan kumpulan etnik, ataupun ahli yang berbeza dalam kumpulan etnik yang sama. Dalam Studies of European immigrants to the United States yang dibuat oleh Gordon pada tahun 1964 telah mengatakan bahawa asimilasi berlaku secara berperingkat. Umpamanya, asimilasi budaya (cultural assimilation) berlaku apabila penerimaan atau pengambilan dari segi adat resam , makanan, pakaian dan bahasa kumpulan dominan oleh kumpulan imigran. Walau bagaimanapun, kebiasaannya pada peringkat ini asimilasi budaya berlaku tidak menyeluruh atau secara separa sahaja di kalangan “first generation immigrants”, di mana mereka masih ingin membentuk komuniti etnik tersendiri. Menurut beliau lagi, asimilasi budaya secara menyeluruh akan berlaku pada peringkat second generation immigrants yang telah terdedah kepada kebudayaan  kumpulan dominan melalui pendidikan dan media massa.
            Assimilasi menjadi matlamat yang diimpikan oleh kebanyakan masyarakat khususnya masyarakat majmuk atau berbilang kaum.  Masyarakat yang berbeza mempnyai darjah asimilasi yang berlainan kerana terjadinya keadaan yang berbeza-beza. Walau bagimanapun tiada masyarakat tyang telah mencapai tingkat asimilasi yang sepenuhnya. Sebagai contoh di Amerika Syarikat, sesetengah golongan minoriti seperti Chicano, Jepun dan Cina yang baru mentep di sana atau imigran baru masih mengekalkan identity dan tradisi masing-masing walaupun mereka menganggap diri mereka sebagai warganegara Amerika. Di Asia Tenggara , Inodensia[34], Filipina dan Thailand, kaum Cina telah banyak membuat penyesuaian dengan keadaan tempatan seperti mempelajari bahasa tempatan, cara hidup tempatan dan menggunakan nama tempatan malah mereka telah berkahwin dengan orang temapatan. Namun demikian mereka tetap tinggal sebagai kaum Cina dalam hal-hal tertentu dan tetap menganggap diri mereka sebagai orang Cina.
            Merujuk kepda negara kita Malaysia, proses asimilasi telah berlaku di Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dimana kaum Cina lelaki yang datang daro tanah Besar China telah berkahwin dengan gadis tempatan dan melahirkan masyarakat yang digelar “Baba”[35]. Begitu juga dengan masyarakat India yang akhirnya membawa kepada kelahiran masyarakat “Chitty”. Menurut Khoo Kay Kim, kebudayaan kaum Baba memperlihat banyak persamaan dengan adat resam orang Melayu. Kaum Baba bertutur dalam bahasa kacukan, mereka sama sekali tidak dapat bertutur dalam bahasa Cina (mandarin). Begitu juga dengan kaum Chitty yang hanya mengunakan bahasa kacukan dan melaupakan bahasa Tamil. Pakaian mereka terutama wanita adalah sama seperti pakaian wanita Melayu, manakala makanan pula tidak jauh bezanya dengan makanan yang dimakan oleh orang Melayu. Walaupun kaum Baba dan Chitty boleh dikatakan hampir berlaku asimilasi sepenuhnya ke dalam masyarakat Melayu tempatan tetapi identiti mereka masih boleh dikesan melalui agamnya[36]. Oleh itu, agamalah  yang telah membantu mereka mengekalkan keperibadian mereka sebagai satu kaum Cina dan India.
            Ringkasnya, asimilasi merujuk kepada satu proses yang berlaku di anatara kaum minority atau imigran dan kaum dominan, di mana kaum minoritui akan menyerap dari segi kebudayaan cara hidup dan kepercayaan daripada kaum dominan melalui kehilangan kebudayaan asal dan identity (kaum minoriti) untuk mendapatkan persamaan kebudayaan dan identity dengan kaum dominan.

Melting Pot

            Istilah Melting Pot dalam bahasa Melayu dikenali sebagai “periuk pencair”. Melting pot juga dikenali sebagai amalgamasi. Melting pot adalah satu cara yang popular untuk digunakan bagi membina bangsa Amerika. Sebenarnya istilah ini berasal dari judul drama Israel Zangwill iaitu seorang imigran Yahudi Russia ke Amerika. Dalam konteks Amerika, imigran-imigran yang datang ke Amerika seperti orang-orang Inggeris, Russia, Jerman, Itali, Yahudi, Irish dan perancis akan dijadikan satu kumpulan orang yang baru iaitu American. Ini bermakna “..is as old the Republic…here individualis of all nations ae melted into a new race of men”[37]
            Menurut Epstein, Melting pot merujuk kepada orang-orang yang berasal daripada latar belakang berbagai-baga diakurkan ke dalam satu kelompok sahaja dengan berkongsikan satu budaya nasional dan identity. Dalam konteks masyarakat Malaysia, perkahwinan campur di antara kaum-kaum yang berbeza. Misalnya Melayu-Cina, Cina-India, kadazan-Cina, India-Iban dan sebagainya untuk menghasilkan satu kaum yang baru.. Keadaan ini memungkinkan melting pot boleh berlaku.[38] Melting pot dapatlah disimpulkan sebagai proses penyatuan kebudayaan masyarakat yang beranekaragam ke dalam satu budaya yang baru misanya melalui perkahwinan campur kaum-kaum yang berbeza dalam sesebuah masyarakat.

Faktor-faktor  Yang Mendorong Pembinaan Bangsa Malaysia

                Melalui penulisan ini penulis sedaya upaya cuba untuk melihat  kepada elemen-elemen yang positif di mana mencari, mengkaji dan mengenalpasti aspek-aspek yang boleh mendorong pembinaan bangsa Malaysia. Kita tidak boleh hanya melihat aspek halangan atau kekangan jika kita benar-benar jujur dan ikhlas serta ingin mencapai aspirasi untuk membentuk sebuah bangsa Malaysia. Meskipun Rustam A. Sani dalam artikelnya bertajuk “Politik dan Pembentukan Bangsa Malaysia”[39] menjelaskan bahawa usaha pembinaan bangsa Malaysia yang mempunyai citri dan cirri yang tersendiri masih kabur malah tidak pernah dilaksanakan di atas landasan politik yang jelas dan mantap. Beliau berpendapat proses pembinaan bangsa Malaysia hingga ke ahari ini masih kabur dan kacau. Tetapi pada pandangan penulis usaha-usaha yang positif, ikhlas dan jujur perlu digembleng oleh semua pihak  sama ada pemipimpin parti-parti politik, ahli-ahli akademik, para sarjana dn cendikiawan agar satu formula yang terbaik ke arah pembentukan negara bangsa bercitrakan bangsa Malaysia benar-benar dapat diwujudkan.

  1. Dasar Ekonomi Baru
Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah menyedarkan para pemimpin kerajaan Perikatan dan sebilangan daripada pihak pembangkang bahawa kepincangan ekonomi antara kaum merupakan salah satu sebab utama yang menegangkan hubungan[40]. Justeru itu, kerajaan telah mengubal satu dasar berbentuk ekonomi yang dikenali sebagai dasar Ekonomi Baru (DEB) atau dipopularkan sebagai Dasar Bumiputera. DEB dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). Ia telah dilaksanakan selama 20 tahun, melibatkan empat buah Rancangan Lima Tahun Malaysia dan berakhir pada tahun 1990[41].
            DEB telah menjadikan pembasmian kemiskinan sebagai salah satu objektif utamanya. Di samping itu, dasar penyusunan semula struktur masyarakat yang bertujuan mengangkat usahawan bumiputera khasnya Melayu yang kecil dan sederhana ke taraf usahawan yang lebih besar juga turut diwujudkan.[42] Sebenarnya DEB merupakan dasar ekonomi yang unik dalam konteks masyarakat majmuk dan ia bercita-cita besar.  DEB juga merupakan satu dasar social engineering kerana ia berjaya mengubah keseluruhan system social majmuk Malaysia, di mana jurang perbezaan ekonomi antara kaum telah dirapatkan secara beransur-ansur. Tidak hairanlah dikatakan bahawa DEB telah menyediakan asas yang penting dalam agenda pembinaan bangsa Malaysia yang bersatu padu.[43]
            Sepanjang perlaksanaannya, pelbagai rancangan pembasmian kemiskinan telah dilancarkan oleh kerajaan untuk meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan sektor pertanian, pembangunan tanah dan wilayah serta pembangunan luar Bandar melalui penubuhan badan-badan berkanun Persekutuan. Umpamanya Pihak Berkuasa Kemajuan  Pekebun-Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) , Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan sebagainya.  Dari segi penyusunan semula masyarakat pula, badan-badan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), Amanah Saham Nasional (ASN), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan lain-lain lagi. Kewujdukan badan-badan ini demi mewujdukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan kaum bumiputera serta  mendorong kaum bumiputera memiliki dan menguruskan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kegiatan perdagangan dn perindustrian dalam negara. Dengan itu, kerajaan telah melipatgandakan usaha dan juga belanjawan dalam setiap program yang dilancarkan.
Di bawah perlaksanaan DEB ini, didapati bahawa sektor pendidikan telah diberikan peruntukan yang paling besar. Dengan itu, ia telah berjaya membantu anak-nak golongan bumiputera yang miskin dan sederhana khususnya yang tinggal di luar bandar melanjutkan pelajaran mereka sehingga ke menara gading. Pelbagai peruntukan dalam sektor pendidikan seperti biasiswa dan pinjaman pelajaran  telah dihulurkan kepada mereka ini  agar dapat mebantu mereka menyelesaikan maslah kewangan. Sementara itu, kerajaan juga mendirikan pelabagai sekolah berasrama penuh (SBP) dan program-program khas untuk memberikan pendidikan yang lebih baik dan bertaraf antarabangsa[44].
            Hasil daripada pelaburan dalam pendidikan oleh kerajaan bukan sahaja berjaya menyelsaikan masalah kemiskinan, malah ia juga berjaya melahirkan ribuan bumiputera yang berpendidikan tinggi seperti ahli korporat, usahawan, cendikiawan dan teknokrat. Bak kata pepatah Melayu “ sekali berkayuh , dua tiga pulau terlangsung” yakni dengan perlaksanaan satu projek besar seperti projek pendidikan itu, banyak hasil nyata yang dapat diraih. Apa yang penting oaitu susulan daripada pelaksanaan  ini telah berjaya membentuk satu kelompok kelas menengah dan atasan Melayu yang mempunyai kedudukan ekonomi yang baik atau apa yang dikatakan sebagai “Melayu Baru”. Kewujudan mereka ini dilihat juga sebagai bukti kejayaan DEB dalam menyusun semula masyarakat dan  juga menangani isu “Delima Melayu”[45]
            DEB merupakan satu tindakan afirmatif bukan sahaja dapat mengagihkan semula kekayaan dengan mengutamakan golongan yang ketinggalan, tetapi juga dapat beriringan dengan pertumbuhan dalam kesemakmuran seluruh negara. Sebagai buktinya selepas pelaksanaan DEB pada tahun 1971 hingga 1990, purata pertumbuhan ekonomi adalah hampir 7 peratus setahun, walaupun terdapat kemelesetan  pada pertengahan tahun 1980-an. Meskipun DEB tamat pada tahun 1990 tetapi dasar itu telah berjaya memberikan satu landasan yang kukuh untuk ekonomi negara. Misalnya pertumbuhan ekonomi pada tahun 1990-an adalah melebihi lapan peratus setahun sebelum dilanda krisis kewangan pada pertengahan tahaun 1997.[46]
            Bagi pembasmian kemiskinan negara didapati amat menggalakkan, di mana kadar kemiskinan di Semenanjung Melaysia telah berkurangan daripada 49.3% (1970) kepada 15% (1990). Sementara itu di Sabah dan Sarawak , kadar kemiskinan juga banyak dikurangkan tetapi masih tinggi sedikit berbanding di Semenanjung Malaysia. Keseluruhannya, kadar kemiskinan negara telah berkurang dariapda 52.4% (1970) kepada 17.1% (1990) dan 7.5% pada tahun 1999.  Dijangkakan bahawa pada tahun 2020 paras kemiskinan akan berada di tahap 2%.[47] Bagi penyusunan semula masyarakat di bawah DEB pula, didapati telah meningkatkan kuntitatif pemilikan dan penguasaan bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian. Bahgian hakmilik modal saham dalam sektor korporat telah bertambah dengan mendadak daripada 2.4% (1970) kepada 20.3% (1990). Sungguhpun matlamatnya 30% yang ditetapkan belum tercapai tetapi dari segi kadar peningkatan itu adalah sungguh tinggi kerana asas permulaan bumiputera lebih kecil berbanding dengan kaum bukan bumiputera.
            Ternyata DEB telah berjaya membaiki ketidakseimbangan ekonomi yang serius dan juga persinggitan rasa antara masyarakat majmuk Malaysia. Namun demikian sepanjang DEB ini dilancarkan dan juga selepas pelancarannya, ia tidak sunyi daripada kritikan dan juga bantahan dari sesetengah golongan bukan bumiputera mahupun bumiputera. Sebagai contoh, golongan bukan bumiputera mengkritik DEB bahawa ia telah mengamalkan dasar diskriminasi terhadap kelas bawahan golongan bukan bumiputera dan kebanyakan golongan bukan bumiputera khususnya kaum Cina berpendapat hak mereka dipinggirkan atau dikecualikan daripada keterlibatan secara bebas dalam ekonomi kapitalis negara.DAP umpamanya lantang menentang pelaksanaan DEB ini, di mana DAP menganggap sistem kuota yang diperkenalkan di bawah DEB hanya mengutamakan kaum bumiputera dalam perdagangan, pendidikan dan perkhidmatan awam[48]. Sementara itu, pelaksanaan DEB juga telah melabelkan masyarakat kepada dua golongan utama iaitu bumiputera dan bukan bumiputera. Perlabelan tersebut telah menjadi satu bentuk  authority –defined dalam pentadbiran negara dan juga everyday defined dalam kehidupan rakyat Malaysia. Perkara ini juga timbulnya rasa  ketidakadilan di kalangan kaum bukan bumiputera yang menganggap perlabelan tersebut telah mengasingkan mereka daripada menikmati faedah-faedah yang dibawa oleh DEB. Sebaliknya bagi kritikan kaum bumiputera terhadap DEB pula seperti dinyatakan oleh Jomo[49] bahawa isi dan pati keistimewaan dalam DEB ataupun affirmative action hanya memperkayakan golongan atasan Melayu, sedangkan rakyat Melayu yang betul-betul layak hanya menikmati ‘tulang’ dan ‘bulunya’ sahaja.Kritikan seterusnya ialah DEB telah mewujudkan suasana atau amalan monopoli, pilih kasih, kronisme, nepotisme dan sebagainya.
            Meskipun terdapat banyak bantahan atau kritikan daripada kaum bumiputera dan bukan bumiputera terhadap DEB ini, tetapi ia hanya merupakan sebilangan kecil dalam masyarakat yang bertindak sedemikian, sementara majoriti rakyat telah memberikan sokongan kepada DEB dan juga bekerjasama di antara merek sepanjang pelaksanaannya. Tambhan pula mereka sama-sama menikmati “kek ekonomi” yang dibahagikan oleh DEB. Menurut Abdul Rahman Embong setelah pelaksanaan DEB, masyarakat majmuk di Malaysia sudah berubah menjadi masyarakat berbilang kaum yang lebih seimbang dan berintegrasi.
            Sebagai kesimpulannya DEB telah menghasilkan banyak kejayaan terutamanya dalam mempertingkatkan ekonomi bumiputera tetapi bukan secara totalnya mencapai matlmatnya kerana masih terdpat kekurangan dalam pencapaiannya. Sebagai kesinambungan hasrat dan matlamat kerajaan maka Dasar Pembangunan Nasional (DPN)[50] telah diperkenalkan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa DEB telah menyediakan asas perpaduan yang kukuh untuk melahirkan satu bangsa Malaysia pada masa hadapan.

b. Bahasa Melayu
“Bahasa Jiwa Bangsa” satu ungkapan yang kerapkali dilaungkan. Hal ini jelas membuktikan betapa eratnya hubungan antara bahasa dengan bangsa. Bahasa sebagai wahan komunikasi dapat menyampaikan ilmu, ideology, pemikiran, gagasan dan lain-lain lagi bagi menyalurkan hasrat dariapda pemimpin negara kepada rakyatnya. Sebenarnya bahasa merupakan salah satu factor dorongan yang penting dalam proses pembinaan sebuah negara bangsa. Di Malaysia, bahasa Melayu telah dipilih sebagai wahana komunikasi rakyat Malaysia untuk menjalainkan perpaduan dan seterusnya pembentukan satu bangsa Malaysia yang utuh.
Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, pelbagai usaha dilakukan terutamanya golongan pencinta bahasa dan pihak pemerintah untuk mencapai hasrat tersebut. Berikutam daripada pelbagai usaha yang dicurahkan, bahasa Melayu telah diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Sementara itu, bahasa Melayu dipernyatakan sebagai “Pembentukan Bangsa Yang Bersatu Padu” sebagaimana yang termaktub dalam Penyata Razak perenggan 12 pada tahun 1956 yang berbunyi:
“Tujuan dasar pelajar di dalam negeri ini ialah (sic) bermaksud hendak menyatukan budak2 (sic) daripada semua bangsa di dalam (sic) negari ini dengan memakai satu peratoran (sic) pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendakalah (sic) di-perbuat dengan beransor2 (sic).”[51]

Dengan pengakuan ini, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan. Misalnya, kerajaan telah memutuskan menukar penggunaan bahasa pengantar di sekolah Inggeris kepada bahasa Melayu pada tahun 1970. Ini telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, bermula dari darjah satu di sekolah rendah  hinggalah selesai pada tahun 1982 apabila kelas pra-universiti (Tingkatan Enam) di sekolah Inggeris menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bagi institusi pengajian tinggi pula, bahasa Melayu telah diajar dalam semua kursus mulai tahun 1983[52]. Bukan sahaja kertas akademik dan penyelidikan tetapi latihan ilmiah untuk mendpat ijazah sarjana dan kedoktoran ditulis dengan banyaknya di dalam bahasa Melayu. Justeru itu, dapat dikatakan bahawa bahasa Melayu telah pun dijadikan bahasa pengantar dalams semua peringkat sistem pendidikan iaitu dari rendah hinggalah tinggi. Ini menghasilkan generasi muda (pelbagai kaum) yang lebih pandai dan cekap bertutur dalam bahasa Melayu.
Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa rasmi negara mulai 1 September 1967. Setelah itu, bahasa Melayu telah digunakan secara berleluasa dalam bidang pentadbiran kerajaan, bahasa perbahasan di Parlimen dan bahasa perundangan di Mahkamah. Tidak syak lagi bahawa segala urusan rasmi negara yang berkaitan dengan suarat-menyurat, minit mesyuarat, dokumen kerajaan dan sebagainya telah menggunakan bahasa Melayu. Manakala bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa komunikasi utama di kalangan masyarakat majmuk Malaysia tanpa mengira golongan atasan, menengah ataupun rendah.
Sunguhpun zaman awal kemerdekaan, isu bahasa di Malaysia adalah isu yang sensitif . Namun demikian, kebijaksanaan pemimpin negara dan semangat toleransi antara masyarakat yang berbilang kaum, memboleh sebahagian besar daripada pertikaian itu telah diselesaikan, sehinggakan bahasa tidak lagi wujud sebagai isu yang membawa kepada pertikaian. Malah kini masyarakat Malaysia mengakui bahawa bahasa Melayu mampu bertindak sebagai alat penyatuan atau perpaduan masyarakat yang berbilang kaum di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ini kerana bahasa Melayu adalah bahasa yang difahami oleh semua rakyat Malaysia. Jika ditinjau dari segi sejarah kewibawaan bahasa Melayu didapati bahawa sejak ratusan tahun dahulu, bahasa Melayu sudah menjadi lingua-franca atau bahasa perantaraan antara orang Melayu dengan para pedagang  yang datang dari Tanah Arab, benua kecil India, negara China dan Eropah malah di seluruh Gugusan Kepaulauan Melayu-Indonesia.
Dalam kehidupan harian, didapati bahawa bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di antara kaum-kaum yang berlainan, di samping kadangkala istilah-istilah bahasa Melayu yang tertentu juga dimasukkan dalam pernbulan sesama kaum. Misalnya menurut Collin:
“ ..tidak jarang kita menyaksikan penutur bahasa Cina (Hokkien ataupun Mandarin, umpamanya) terutamanya penutur yang berusia muda, yang sedang berbual dalam bahasa Cina tetapi tiaba-tiba menyisipkan dialog bahasa Melayu untuk menekankan maksud mereka atau memperjelaskan tuturan yang diraskan samar dalam perbualan bahasa Cinanya.”[53]

Dalam keadaan sedemikian, bahasa Melayu telah berupaya berfungsi sebagai melengkapkan bahasa lain, seperti yang terjadi dalam bahasa Cina. Penukaran kod ini hanya terjadi dalam situasi di Malaysia sekarang dengan berjuta-juta warga Malaysian dan juga generasi akan datang dididik dengan bahasa Melayu. Justeru itu, bahasa Melayu memang berwibawa dan telah dijadikan adibahasa, yakni bahasa yang mendukung penggunaan bahasa lain di Malaysia.[54] Lantaran bahasa Melayu tidak diragui sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia dan juga keperluannya dalam proses pembinaan bangsa.
Ringkasnya , bahasa Melayu adalah satu bahasa yang unik dan mempunyai cirri-ciri keindahan yang tersendiri berupaya mencorak satu rupa bangsa yang bersatu padu, dapat hidup aman dan damai walaupun rakyatnya terdiri daripaa berbilang kaum dengan latar belakang yang berbeza. Namun kelainan ini bukan halangan kepada kita untuk terus hidup sebagai keluarga yang besar di bawah naungan sebuah negara yang merdeka. Keadaan ini telah berjaya dibentuk melalui bahasa Melayu yang menjalinkan tali persaudaraan antara semua kaum dan seterusnya mengorak langkah ke arah membina satu bangsa Malaysia yang bersatu padu.

c. Budaya
            Pada hari ini budaya kaum-kaum di Malaysia telah mengalami pertembungan atau silang-menyilang bersesuaian dengan acuan budaya Malaysia. Justeru itu, cirri-ciri budaya yang menajdi garis pemisah semakin dirapatkan. Keadaan ini dapat diperhatikan dalam pelbagai aspek cara hidup yang diamalkan. Sementara itu, kaum-kaum di Malaysia juga saling kenal-mengenali budaya di anatara mereka dengan lebih dekat lagi melalaui perayaan-perayaan yang disambut oleh mereka.
            Dari segi budaya makanan, didapati sudahmdiperkayakan dengan kepelbagaian jenis makanan kaum masing-masing. Pada masa dahulu, orang Melayu –Islam tidak berani memakan makanan Cina. Tetapi kini sudah berubah, makanan laut yang menjadi kebangaan kaum Cina telah menjadi buruan dan kegemaran orang Melayu dn India. Lebih-lebih lagi apabila wujudnya pengusaha restoran yang menyediakan makanak hal sebagai hidangan.
            Kaum Cina dan India kini begitu gemar memakan nasi lemak, sate, mee rebus dan mee bandung yang merupakan makanan orang Melayu. Sebaliknya orang Melayu pula gemar memakan makanak Cina seperti taufu, kuetiaw sup, pau dan mee goring kantonis di samping makanan India seperti roti canai, murtabak, capati dan tose.[55]
            Masyarakat majmuk ini bukan sahaja berminat memakan makanan yang dimiliki oleh kaum lain. Malah sudah pandai meniru masakan kaum lain untuk makanan keluarga ataupin jualan. Sebagai contohnya, peniaga Cina dan India sudah menghidangkan masakan sambal tumis, asam pedas dan masak lemak cili padi di gerai makanan mereka. Begitu juga dengan peniaga Melayu telah pandai memasak makanan Cina seperti yong taufu, mee hailam, mee goring kantonis, kue-tiaw sup  dan sebagainya.[56]
Selain daripada makanan, sebenarnya perasaaan menerima budaya kaum lain juga telah dapat dilihat di kalangan kaum di negara ini. Selain makanan, dari segi pakaian menampakkan semakin popular, Pakaian Melayu tidk terhad untuk orang Melayu malah masayarakat bukan Melayu telah mula untuk memakainya. Di pejabat kerajaan mahupun sektor swasta, kakitangan perempuan Cina dan India semakin gemar memakai baju kurung atau kebaya.
            Justeru itu, boleh dikatakan budaya setiap kaum di Malaysia telah banyak berlaku silang-nyilang melalui pergaulan yang berleluasa. Kalau dahulu msayrakat Malaysia tidak menenal budaya anatara mereka kerana dipisahkan oleh dsr pecah dan perintah British, tetapi kini masyarakat Malaysia  telah bercampur-gaul dengan bebas tanpa mengira kaum. Justeru itu dengan adanya pergaulan yang bebas membolehkan budaya setiap kaum difahami dengan lebih mendalam malah membentuk satu budaya Malaysia yang melambangkan satu identiti Malaysia dan dapat diumpamakan sebagai “… is sharing and interating of cultures..will bring us closer to the creation of Bangsa Malaysia.”[57]

d. Sukan
Dalam bidang sukan, ianya dapat memupuk perpaduan antara kaum melalui cara berinteraksi dan pergaulan. Melalui aktiviti bersukan para atlit / pemain yang terlibat akan didorong untuk bekerjasama bagi meraih kemenganan dalam sesuatu pertandingan. Di sini menyemarakkan semangat patriotisme kepada negara dan membantu bangsa Malaysia yang bersatu hati.
Sebagai contoh jika kita imbas detik-detik bersejarah yang berlaku pada tahun 1992, apabila Malaysia berjaya menewaskan Pasukan Indonesia dalam perlawanan akhir badminton Piala Thomas.  Kemenangan itu memberikan satu petanda yang amat baik bagaimana rakyat Malaysia dapat bersatu hati untuk merebut kembali Piala Thomas itu. Pasukan Malaysia , pemainnya terdiri daripada Melayu dan Cina manakala jurulatihnya India, manakala penyokong-penyokong pasukan negara terdiri daripada pelbagai kaum. Ini mencerminkan bahawa mereka sanggup melupakan identiti mereka masing-masing untuk berjuang di dalam gelanggang di bawah satu iedntiti Malaysia dengan slogan “Malaysia Boleh”.  Dalam Sukan Sea yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini , Malaysia sekali lagi membuktikan bahawa rakyatnya bersatu padu dalam arena sukaan apabila Malaysia muncul sebagai  juara keseluruhan dengan pungutan ingat sebanyak 111 butir dalam Sukan SEA ke –XXI di Kuala Lumpur.
Justeru itu, sukan dapat dijadikan sebagai medium untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam satu pasukan Malaysia. Sementara itu, mereka saling berinteraksi dan bekerjasama untuk merancang strategi –strategi untuk menundukkan lawan. Ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan kaum malah dapat menyemarakkan semangat kekitaan dalam bidang sukan.

  1. Program Rakan Muda
Program Rakan Muda  adalah satu program yang terbuka kepada golongan belia tanpa mengira kaum tetapi sasaran program ini adalah untuk remaja yang berumur antara 18 hingga 25 tahun. Bagi mewujudkan penyatuan bangsa Program rakan Muda diyakini dapat menggalakkan interaksi di antara kaum serta menjalinkan satu hubungan yang erat di kalangan generasi yang muda. Program rakan Muda adalah hasil cetusan yang murni daripada Tun Dr. Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri pada 29 Oktober 1994. Misi terasnya adalah untuk merealisasikan potensi tinggi generasi muda supaya berupaya mendukung segala matlamat negara pada masa hadapan. Pelancaran program ini bukan sahaja dapat melahirkan generasi baru Malaysia yang dinamik, malah berupaya membentuk satu bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Program Rakan Muda telah menyedia sepuluh aktiviti yang utama untuk golongan remaja agar mendapat pendedahan daripada aktiviti-aktiviti tersebut di samping menjalinkan hubungan yang erat di antara kaum.  Aktiviti-aktiviti tersebut ialah rakan Sukan, Rakan Cinta Alam. Rakan Waja Diri, Rakan Seni Budaya, rakan Reka Cipta, Rakan Wira Usaha dan Wira Mahir, Rakan Kecergasan, Rakan Masyarakat, Rakan Rekreasi dan Briged Rakan Muda.
      Jika program ini mendapat sambutan yang hangat di klangan remaja dipercayai proses pembinaan bangs akan dipercepatkan. Memandangkan bahawa program ini dapat mengempulkan remaja-remaja yang pelbagai keturunan dan duduk bersama-sama berinteraksi serta menjalan aktiviti yang bermanfaat maka program ini akan dapat melahirkan generasi baru yang bersatu padu di bawah satu keluarga besar dalam satu negara yang berdaulat.

  1. Sekolah Wawasan
Pengumuman kerajaan mengenai Sekolah Wawasan di setiap negeri adalah bertujuan untuk menyatupadukan generasi muda di bawah system pendidikan.Wakau bagaimanapun, pengumuman tersebut menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Sementara itu, didapati sesetengah masyarakat Cina amat gelisah dengan konsep Sekolah wawasan kerana dibimbangi akan menguburkan identity Sekolah Jenis Kebangsaan.
Penubuhan Sekolah Wawasan merupakan satu langkah yang baik kerana ia bertujuan untuk memupuk perpaduan di antara generasi muda pelbagai kaum melalui pendidikan. Di bawah konsep Sekolah Wawasan, tiga aliran uatam sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) akan dikelompokkan ke dalam satu kawasan yang sama. Ketiga-tiga sekolah itu akan berkongsi bersama kemudahan infrastruktur seperti kantin, padang permainan, dan kawasan perhimpunan serta menjalan aktiviti sukan dan ko-kurikulum bersama.[58] Yang memisahkan mereka ialah dari segai pentadbiran dan bangunana bilik darjah mereka, malah penggunaan bahasa ibunda masih dibenarkan dalam pengajaran mereka.
Dengan perkongsian kemudahan infrastruktur sekolah dan juga menjalankan kegiatan ko-kurikulum bersama di anatara murid-murid yang pelbagai keturunan dapat mewujudkan interaksi sesama mereka. Fenomena ini akan mendidik generasi muda tentang kepentingan hidup secara harmoni dalam negara yang berbilang kaum. Justeru itu, Sekolah Wawasan dapat dijadikan landasan yang terbaik  untuk mewudjuakan satu generasi  muda yang akan mewarisi tanahair ini dinamakan ‘bangsa Malaysia’
             
  1. Wawasan 2020
Wawasan 2020 telah dijadikan salah satu faktor penggalak yang utama untuk agenda pembinaan bangsa Malaysia. Wawasan 2020 lahir daripada cetusan idea Perdana Menteri, Tun Dr. Mahtahir semasa beliau menyampaikan ucapan dasar Malasyia : The Way Forward tatkala melancarkan mesyuarat penubuhan Malaysia Business Council pada 28 Februari 1991. Dalam ucapan beliau berharap matlamat terakhir akan dapat dicapai hasil gagasan tersebut iaitu pembentukan bangsa Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 mensasarkan Malaysia menjadi sebuah negara maju dengan mengikut acuannya sendiri. Kemajuan ini dapat diinterpretasikan sebagai kemajuan dalam segala bidang yang meliputi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan.
Demi mencapai cita-cita murni ini, sembilan cabaran strategik telah diajukan di dalam Wawasan 2020 . daripada semua cabaran ini, didapati cabaran pertama adalah paling penting sekali iatu:
Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan eadilan, membentuk sebuah “Bangsa Malaysia” dengan  rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.

Dalam cabaran tersebut, mendapati “bersatu padu” atau perpaduan dimaksudkan di atas bukan sekadar mewujudkan integrasi di kalangan kelompok etnik dan wilayah tetapi lebih dari itu. Negara bangsa yang bersatu itu mestilah dicirikan oleh kesejahteraan rakyatnya yang bersama-sama  menikmati kehidupan yang aman dan persmaan hak serta keadilan. Hanya apabila kesejahteraan hidup ini dicapai barulah proses pembentukan satu ‘bangsa Malaysia’ yang taat setia dan sanggup mengabdikan diri terhadap negara tersebut boleh dipupuk. Sementara bagi kewujudan sebuah negara maju, memerlukan masyarakatnya bersatu padu dan bukan berpecah belah.
Dalam pada itu, perpaduan merupakan asas yang utama kepada keamanan dan kemakmuran sesebuah negara. Oleh itu, segala cabaran Wawasan 2020 yang dikemukakan oleh Perdana menteri didapati kesemuanya menekankan soal-soal perpaduan, termasuklah aspek negara bangsa, identiti, sikap dan pendirian positif yang perluditanam pada setiap sanubari warga Malaysia. Wawasan 2020 juga membuka ruang yang ;ebih luas dan jelas untuk menghindari sebarang sejarah hitam seperti peristiwa 13 Mei 1969. Malahan Wawasan 2020  yang murni ini menggalakkan masyarakat yang berbilang kaum supaya mempunyai kefahaman dan penghayatan yang mendalam terhadap perpaduan nasional. Ini adalah penting untuk memastikan cita-cita pembinaan sebuah negara bangsa dan  mengukuhkan struktur sosio-budaya negara terlaksanan dengan jayanya. Justeru itu, Wawasan 2020  telah memberi satu garis panduan atau landasan yang jelas terhadap proses pembinaan bangsa Malaysia.
Selain itu, mana-mana negara maju yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum dapat bersatupadu dalam satu bangsa adalah disebabkan mereka mempunyai satu ideology kebangsaan yang membantu menyatukan mereka. Di Malaysia, Wawasan 2020 adalah bakal membentuk ideology kebangsaan Hal ini  sudah tentu mampu mengikat rakyat negara ini yang berbilang kaum ke dalam satu ikatan yang teguh dan kental. Mandat ini wajar dipikul oleh Wawasan 2020, memandangkan setiap kaum mempertahankan iedologi masing-masing.

Kesimpulan

Hasrat untuk membina  satu bangsa yang beridentitikan  bangsa Malaysia masih dalam perjalanan. Dalam perjalanan ini, masyarakat Malaysia perlu menempuh segala ranjau yang menghalang daripada mencapai cita-cita yang murni ini. Tetapi apa yang anehnya masyarakat terlalu bangga dengan identity kaum masing-masing. Ini memberikan satu persepsi kepada masyarakat Malaysia sendiri dan juga orang asing bahawa satu ‘Bangsa Malaysia’ belum dibina tetapi pa yang ada hanyalah ‘warga Malaysia’.
            Proses pembinaan bangsa hampir-hampir tergendala kerana wujudnya segelintir perosak pembinaan bangsa telah meniupkan isu-siu perkauman. Mereka cuba memporak-perandakn perpaduan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum ini. Mujurlah sebahagian besar masyrkat Malaysia mula matang dengan minda dan pemikiran mereka ataupun dengan kata-kata optimis bahawa masyarakat kini telah mampu membezakan apa yang buruk dan baik. Masyarakat yang lahir selepas era pasca DEB ini pula lebih tinggi mentelitinya kerana kebanyakan mereka mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Jadi mereka juag menerima dan mengambil berat agenda pembinaan bangsa. Ini dpat dibuktikan apbila mereka tidak membanta gagasan Wawasan 2020 dengan idea bangsa Malaysia. Tidak seperti pada tahun 1960-an , konsep Malaysian Malaysia yang dicetuska oleh Lee Kuan Yew tidak dapat diterima oleh masayakat Malaysia.
            Prospek untuk melahirkan satu bangsa Malaysia adalah satu gagasan yang tidak mustahil.Walau bagaimanapun, gagsan pembinaan bangsa memerlukan satu perancangan yang berpanjangan dan tersusun. Sungguhpun pada masa kini terdapat anyak indicator negatif mencabar proses pembinaan bangsa malahan juga tidak boleh menafikan kehadiran indicator-indikator postitif dalam masyarakat.










Bibliografi
.
Abdul Rahman Embong, “Negara Bangsa dalam Arus Globalisasi.” dlm Norani Othman & Mandal, S.K. 2000.  (pnyt) Malaysia Menangani Globalisasi : Peserta atau Mangsa . Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia

Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

Chew Hock Thye. 1979. Masalah Perpaduan Nasional. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

D. Mitchell 1979. A New Dictionary of Sosiologi, London : Routledge & Kagen Paul

D.G. E. Hall. 1981 . Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

G. Saunders. 1978.  Malaya: Perkembangan masyarakat majmuk. Kuala Lumpur : Longman

Glaser & Moynihan .1970.  Beyond the Melting Pot. Cambridge : M.I.T  Cambridge

Goldthorpe . 1992. (terj), Sosiologi dunia ketiga: Kesenjangan dan Pembangunan. Jakarta : PT Gramedia Pustaka Utama

J.S. Furnivall, Colonial policy and practice: A Comparatives Study or Burma and Netherlandsn India, Cambridge : Cambridge Press University

Jomo, K.S. “Pilihan Nasionlis Untuk Malaysia” dalam Pemikir Julai-Sept 1996,

K. S. Sandhu. 1969. Indians in Malaya. London : Cambridge University Press,

Ling Leong Sik .1995. The Malayan Chinese: Towards Vision 2020. Petaling Jaya: Pelanduk Publication

Mahajani. 1973. Role of Indian minorities in Burma and Malaya. Amerika : Greenwood Press

Mahathir Mohamd. 1999. Jalan Ke Puncak . Subang Jaya : Pelanduk Publication

Nuresah Bt Baharom, Kamus Dewan, Edisi Ketiga . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,

R. Emerson . 1974. (terj), Satu  pengkajian dalam pemerintahan secara langsung dan tidak langsung. Kuala Lumpur :  Dewan Bahasa dan Pustaka

Rustam A. Sani . Politik dan Pembentukan Bangsa di Malaysia, Ilmu Masyarakat, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Rustam A. Sani. 1993. Malaysia baru dan bangsa Malaysia: Tradisi cendekia dan krisis budaya. Kuala Lumpur : Utusan Publication Sdn. Bhd

Shamsul A.B. 2001. Pembinaan Acuan Identiti dlm Dewan Budaya Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
   
Shamsul A.B., 1996. The Constuction and Tranformation of Social Identity: Malyness and Bumiputeraness re-examined dlm Journal of Asian and African Studies 52 

Ting Chew Peh. 1987. Hubungan Ras dan Etni :  Suatu Pengantar. Kuala Lumpur : Pustaka Dimensi

V. Purcell. 1967. The Chinese in Malaya. LondonOxford University Press,

Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif. 1989.  Persoalan  Bahasa dan Bangsa pada abad ke-21 dalam Jurnal Dewan Bahasa 38, 1998, Shamsul,A.B. Identity Contestation in Malaysia : A Comparative Coomentary on Malayness and Chineseness dalam Akademika 53,

Y. S. Khim, 1989. Penglibatan Awal Orang Cina dalam Aktiviti Ekonomi di Pulau Pinang, Malaysia Dari Segi Sejarah, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, Bil. 17, 1989,.




[1] Cadangan penubuhan Malaysia itu muncul dalam satu Perhimpunan Agung UMNO pada 26 Disember 1955 apabila Ketua Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman mengesyorkan supaya Singapura mencapai kemerdekaan melalui Tanah Melayu. Akhirnya Tunku membuat pengumuman rasmi kepada Persatuan Wartawan-wartawan Luar Negara di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei l961 menyuarakan konsep ataupun Gagasan Persekutuan Malaysia. Kenyataan Tunku itu tidak dilihat sebagai sesuatu yang mengejutkan. [1] Ucapan Tunku antara lainnya menyebut:
Sebagai satu bangsa, Malaya hari ini sedar bahawa dia tidak dapat berdiri sendiri dan hidup bersendirian. Di Luar bidang politik antarabangsa, maka politik kebangsaan kita hendaklah didasarkan pada konsep yang luas. Lambat laun Malaya akan dapat mencari persefahaman dengan British dan dengan rakyat-rakyat di wilayah Singapura, Borneo utara, Brunei, dan Sarawak.[1]

 Hakikat sebenarnya Tunku membuat cadangan gagasan tersebut berdasarkan beberapa pertimbangan seperti aspek keselamatan, imbangan kaum, mempercepatkan kemerdekaan, ekonomi, dan sosial.
[2] Nuresah Bt Baharom, Kamus Dewan, Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 844.
[3] D. Mitchell, A New Dictionary of Sosiologi, London, Routledge & Kagen Paul, 1979, hlm. 142.
[4] J.S. Furnivall, Colonial policy and practice, Cambridge, Cambridge University, 1956, hlm. 307.
[5] Goldthorpe (terj), Sosiologi dunia ketiga: Kesenjangan dan Pembangunan, PT Gramedia Pustaka Utama, Jakarta, 1992, hlm. 98.
[6] G. Saunders, Malaya: Perkembangan masyarakat majmuk, Longman, Kuala Lumpur, 1978, hlm. 1.
[7] J.S. Furnivall, Colonial policy and practice: A Comparatives Study or Burma and Netherlandsn India, Cambridge Press University, Cambridge, hlm 7.
[8]  Mahajani, Role of Indian minorities in Burma and Malaya, Greenwood Press, Amerika, 1973, hlm. xv.
[9] D.G. E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1981, hlm. 23.
[10] V. Purcell, The Chinese in Malaya, Oxford University Press, London, 1967, hlm. 4.
[11] Felix Chia, The Babas, Time Book International, Kuala Lumpur, 1980, hlm. 1.
[12] V. Purcell, The Chinese in Malaya, Oxford University Press, London, 1967, hlm 7-8.
[13] K. S. Sandhu,  Indians in Malaya, Cambridge University Press, London, 1969, hlm. 32-33.
[14] K. S. Sandhu, Indians in Malaya, Cambridge University Press, London, 1969, hlm. 37.
[15] Azmah Abdul Manaf, Sejarah sosial masyarakat Malaysia, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2001, hlm. 82.
[16] R. Emerson (terj), Satu  pengkajian dalam pemerintahan secara langsung dan tidak langsung,  Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1974,  hlm. 145.
[17] Ibid, hlm. 146.
[18] Mahajani, Role of Indian minorities in Burma and Malaya, Greenwood Press, Amerika, 1973hlm, 97.
[19] G. Saunders,  Malaya: Perkembangan masyarakat majmuk, Longman, Kuala Lumpur, 1978 hlm. 30.
[20] R. Emerson,  (terj), Satu  pengkajian dalam pemerintahan secara langsung dan tidak langsung,  Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1974hlm. 41.
[21] Ibid, hlm. 149.
[22] Ibid, hlm. 34.
[23] Ibid, hlm. 620.
[24] V. Purcell, The Chinese in Malaya, Oxford University Press ..hlm. 196-197.
[25] R. Emerson, (terj), Satu  pengkajian dalam pemerintahan secara langsung dan tidak langsung, hlm. 41.
[26] Ibid, hlm. 623.
[27] Ibid, hlm. 628.
[28] Ibid, hlm. 631.
[29] V. Purcell, The Chinese in Malaya, Oxford University Press hlm. 40.
[30] Y. S. Khim, Penglibatan Awal Orang Cina dalam Aktiviti Ekonomi di Pulau Pinang, Malaysia Dari Segi Sejarah, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, Bil. 17, 1989, hlm. 14.
[31] G. Saunders, Malaya: Perkembangan masyarakat majmuk, Longman, Kuala Lumpur, 1978, hlm. 39.
[32] Rustam A. Sani, Malaysia baru dan bangsa Malaysia: Tradisi cendekia dan krisis budaya, Utusan Publication Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 1993, hal. 5
[33] Asimilasi juga merupakan proses satu hala (one-way process) di mana tidak mengendahkan kebudayaan yang dibawa oleh kaum imigran (lihat Tan 1984: 190; Jayum 1997:237 dan Ting 1987 : 172)
[34] Walaupun komuniti Cina di Indoensia telah lama menyamankan diri mereka dengan peribumi Indonesia dri segi bahasa, pelajaran, nama dan asat resam, tetapi mereka kurang diterima oleh masyarakat tempatan. Malah mereka juga tertakluk kepada  diskriminasi dan pertelingkahan . Ini menunjukkan  orang Cina di Inonesia tetap dicap sebagai orang Cina, tanpa mengendahkan betapa kuat mereka telah diasimilasikan. Lihat Chew Hock Thye, Masalah Perpaduan Nasional,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1979 hal. 12 –13.
[35] Masyarakat Baba berasal daripada kumpulan orang-prang Cina dari negeri mereka yang datang ke negeri ini pada abad ke 15 lalu mengiringi puteri Raja China; Puteri Hang Li Po yang berkahwin dengan Sultan Mansur Syah, Raja Melaka pada masa itu. Lihat Taha Abdul Kadir, Hari Perayaan Penduduk Malaysia, Petaling Jaya, Pelanduk Publication Sdn. Bhd.1985, hal. 11
[36] Asimilasi sukubangsa Melayu Nusantara seperti orang-orang Jawa, Banjar, Minangkabau, Kerinci, Boyan dan sebaginya ke dalam budaya Melayu Semenanjung Tanah Melayu berlaku dalam masa yang singkat sahaja. Ini kerana factor kesamaan agama dan asas atau matrix budaya-budaya sukubangsa Melayu itu tidak jaug bezanya dengan budaya Melayu Semenanjung telah memudahkan asimilasi, tambahan pula sukubangsa-sukubangsa ini berasal dri keluarga etnik “Melayu” atau “Rumpun Melayu”. Lihat Mohd. Taib, Integrasi dan Asimilasi  antara budaya di Malaysia dalam Ahmad Fawzi Basri,Abdul Halim Ahmad & Abdul Rahman Aziz (pnys).  Isu-isu Perpaduan Nasional, Cabarand, Pencapaian dan Masa Depan, 1987, hal. 155
[37] Perkara ini dibincangkan oleh Glaser & Moynihan , Beyond the Melting Pot, Cambridge, M.I.T. Press, 1970 hal. 288-315
[38] Ting Chew Peh, Hubungan Ras dan Etni :  Suatu Pengantar, Pustaka Dimensi, Kuala Lumpur, 1987, hal. 179
[39] Rustam A. Sani ,Politik dan Pembentukan Bangsa di Malaysia, Ilmu Masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur, hal. 1-15
[40] Mahathir Mohamd, Jalan Ke Puncak , Pelanduk Publication, Subang Jaya 1999, hal. 8
[41] Shamsul A.B., The Constuction and Tranformation of Social Identity: Malyness and Bumiputeraness re-examined dlm Journal of Asian and African Studies 52 ,1996, hal. 28  C
[42] Shamsul A.B, Pembinaan Acuan Identiti dlm Dewan Budaya September  2001, hal. 11
[43] Rais Yatim, “Politik dan Agenda Melayu”, dlm Pemikir Januari-Mac 1999, hal. 68
[44] Shamsul, A.B. “Kemiskinan antara Idea dan Kenyataan”, dlm Dewan Budaya , September 2001, hal 11 C
[45] Isu “Delima Melayu” pernah ditulis oleh Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1970 dalam buku beliau yang banyak mengkritik kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan sebahagian daripada isu kandungannya banyak mengandungi isu perkauman menyebabkan buku ini tidk dibenarkan terbit di Malaysia.
[46] Abdul Rahman Embong, “Negara Bangsa dalam Arus Globalisasi.” dlm Norani Othman & Mandal, S.K (pnyt) Malaysia Menangani Globalisasi : Peserta atau Mangsa , Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2000, hal. 74
[47] Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, Persoalan  Bahasa dan Bangsa pada abad ke-21 dalam Jurnal Dewan Bahasa 38, 1998, hal. 28
[48] Shamsul,A.B. Identity Contestation in Malaysia : A Comparative Coomentary on Malayness and Chineseness dalam Akademika 53, 1999, hal. 33
[49] Jomo, K.S. “Pilihan Nasionlis Untuk Malaysia” dalam Pemikir Julai-Sept 1996, hal. 71
[50] DPN dilancarkan oleh Dato’ Seri Dr, Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991. Ia mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyususnan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum. Lihat Malaysia Kita, Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000, Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991.
[51] Ramlan Abdul Wahab, Matlamat Perpaduan Melalui Sistem Pendidikan, Dewan Masyarakat, Januari 2001 hal. 50 A
[52] Walaupun pada tahun 1970 hanya Universiti Kebangsaan Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa pengantar, apabila lulusan sekolah menengah melangkah masuk ke universiti pada tahun 1983 kesemua universiti tempatan di Malaysia sudah beraliran Melayu.
[53] Collin, J.T. Wibawa Bahasa Melayu : Kepiawaian dan Kepelbagaian, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1999 hal. 84
[54] Ibid. hal.7
[55] Zaharah Nawawi, Budaya Silang-Menyilang, Dewan Budaya, Julai1997, hal.22-23
[56] Ibid., hal.22
[57] Ling Leong Sik , The Malayan Chinese: Towards Vision 2020, Pelanduk Publication, Petaling Jaya, 1995, hal. 51
[58] Ramlan Abd. Wahab, Sekolah Wawasan Penjana Integrasi Nasional, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2000, hal 22